Tarikh kejadian tidak dapat dipastikan. Namun daripada penceritaan lisan Aki, kita dapat membayangkan kejadian itu berlaku pada tahun 1948 atau 1949 selepas Jepun menyerah kalah. Berlaku pergolakan komunis setelah kekalahan Jepun. Gerakan komunis bermaharalela pada masa tersebut dengan merosakkan harta benda awam, membakar rumah dan membunuh pejuang Melayu atau yang bekerja dengan British. Cikgu Ali yang selaku penjawat awam dan berjawatan, tentulah menghadapi ugutan dan cabaran. Pada tahun 1949, Guru Besar baru dilantik iaitu diambil alih oleh Cikgu Mohamad bin Yunus setelah kematian Cikgu Ali. Cikgu Mohamad ini juga dikenali ' Cikgu Mat Unta', berdasarkan tubuhnya yang besar dan tegap.
Cikgu Ali dikatakan dibunuh bersama 3 orang lagi penduduk kampung. Dibunuh dengan kejam menggunakan senapang, dan Banet. Tubuhnya dikelar dan dirodok. Jasadnya ditinggalkan di perdu pisang. Setelah dijumpai oleh penduduk kampung, akhirnya dibawa ke Kuantan namun tidak dapat dipastikan di manakah kuburnya.
Cikgu Ali seorang tokoh berkarisma dan lantang memperjuangkan semangat Melayu. Kelantangan beliau membuatkan pihak komunis berusaha membunuh beliau. Marilah kita sedekahkan AL Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Ali. Semoga perjuangan dan pengorbanan beliau, menjadi pembuka semangat untuk kita semua. Ianya perlu diingati sebagai salah seorang perjuang tanah air dan merupakan sejarah penting bagi warga Luit, malah negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan