Memaparkan catatan dengan label Sejarah Luit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Luit. Papar semua catatan

Isnin, 29 Januari 2024

Cikgu Ali, Guru Besar Sekolah Melayu Ulu Luit Mati Dibunuh Komunis.


Cikgu Ali bin Chik merupakan seorang Guru Besar yang pernah mengajar di Sekolah Melayu Ulu Luit dari tahun 1943-1949. Biodata dan profil dirinya tidak dapat dikesan kerana rekod sudah hilang kemungkinan tidak disimpan atau disebabkan banjir. Namun begitu, baru-baru ini saya telah diberikan gambar oleh Saudara Nizam Ayub secara whatsapp dan membuktikan paras rupa Cikgu Ali yang dikatakan mati dibunuh oleh komunis. 

Tarikh kejadian tidak dapat dipastikan. Namun daripada penceritaan lisan Aki, kita dapat membayangkan kejadian itu berlaku pada tahun 1948 atau 1949 selepas Jepun menyerah kalah. Berlaku pergolakan komunis setelah kekalahan Jepun. Gerakan komunis bermaharalela pada masa tersebut dengan merosakkan harta benda awam, membakar rumah dan membunuh pejuang Melayu atau yang bekerja dengan British. Cikgu Ali yang selaku penjawat awam dan berjawatan, tentulah menghadapi ugutan dan cabaran. Pada tahun 1949, Guru Besar baru dilantik iaitu diambil alih oleh Cikgu Mohamad bin Yunus setelah kematian Cikgu Ali.  Cikgu Mohamad ini juga dikenali ' Cikgu Mat Unta', berdasarkan tubuhnya yang besar dan tegap. 

Cikgu Ali dikatakan dibunuh bersama 3 orang lagi penduduk kampung. Dibunuh dengan kejam menggunakan senapang, dan Banet. Tubuhnya dikelar dan dirodok. Jasadnya ditinggalkan di perdu pisang. Setelah dijumpai oleh penduduk kampung, akhirnya dibawa ke Kuantan namun tidak dapat dipastikan di manakah kuburnya.

Cikgu Ali seorang tokoh berkarisma dan lantang memperjuangkan semangat Melayu. Kelantangan beliau membuatkan pihak komunis berusaha membunuh beliau. Marilah kita sedekahkan AL Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Ali. Semoga perjuangan dan pengorbanan beliau, menjadi pembuka semangat untuk kita semua. Ianya perlu diingati sebagai salah seorang perjuang tanah air dan merupakan sejarah penting bagi warga Luit, malah negara.

 

Jumaat, 19 Januari 2024

Mat Lela Pahlawan Melayu Pahang Yang Seangkatan Mat Kilau. Katanya asal Kg Luit.

Mat Lela bin Buang berasal dari Kampung Luit, Maran, Pahang dan merupakan sahabat baik kepada Mat Kilau. Kedua-duanya seperti kita tahu mempunyai ilmu kepahlawanan yang hebat tetapi Mat Lela lebih gemar berahsia dan tidak suka menonjol

Sewaktu zaman penjajahan Jepun 1941, orang-orang kampung telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun Mat Lela tidak berbuat demikian dan menentang Jepun seorang diri.

Pada ketika itu, tiada rumah mahupun kedai yang berjaya diselongkar Jepun kerana pergerakan mereka sering terhalang. Mereka juga tidak mampu menangkap Mat Lela kerana jasadnya pun tidak dapat dilihat di mana-mana; ini merupakan ilmu yang luar biasa. Dengan itu, ramai askar Jepun berjaya dicederakan dan mereka akhirnya berundur. Pendekar Melayu bangkit Samurai Jepun pun kalah.

Hj. Mat Lela merupakan pahlawan yang handal dan selalu berpegang kepada sumpah dan janji yang teramat dahysat.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1995 diusia 118 tahun akibat sakit tua dan dikebumikan di pusara Kg. Merchong, Nenasi, Pekan


 

Rabu, 15 November 2023

Gambar-gambar lama berkaitan SK Ulu Luit.

Guru-guru pada tahun 1940


Kejohanan Bola sepak 1954 antara pasukan SK Ulu Luit dan SK Paloh Hinai. Dulu Luit berada dalam Pekan 

Cikgu-cikgu SKUL 1980




 

Isnin, 5 Jun 2023

Senarai Guru Besar SK Ulu Luit hingga kini

 

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SK ULU LUIT

 

1.       TN. HJ. OMAR BIN MAHUSIN 1931-1934

2.       ENCIK YUSOF BIN ABDULLAH 1935-1937

3.       ENCIK SALLEH BIN BURUK 1938-1939

4.       ENCIK OTHMAN BIN ABDULLAH 1940-1942

5.       ENCIK ALI BIN CHIK 1943-1949

6.       ENCIK MOHAMAD BIN YUNUS 1950-1955

7.       ENCIK MOHD NUR BIN YUNUS 1956-1962

8.       TN SYED AHMAD BIN SYED OMAR 1963-1964

9.       ENCIK SHAARI BIN OTHMAN 1965-1972

10.   ENCIK MOHD AKIL BIN ABDULLAH 1973-1983

11.   ENCIK MAHASAN BIN MAT TEH 1984-1987

12.   ENCIK OMAR BIN HJ MOHAMED 1988-1981

13.   ENCIK OTHMAN BIN HJ AWANG 1992-1994

14.   TN. HJ KAHADIN BIN HJ ABU SEMAN 1995-1997

15.   ENCIK UMAR BIN HJ TAN TAIB 1997-2001

16.   ENCIK NORDAN BIN ABU BAKAR 2001-2002

17.   ENCIK MUHAMAD ANUA BIN MUSOP 2002-2006

18.   TN HJ MUHAMAD BIN HJ ABDULLAH 2006-2013

19.   TN HJ MAT ISA BIN HJ ABD RASHID 2013-2014

20.   ENCIK MAT SEMAN BIN AB RAHMAN 2014-2017

21.   TN HJ ALIAS BIN HJ SAMAH   2017-2020

22.   ENCIK MOHD JASMI BIN JAAFAR 2020- SEHINGGA KINI

Sabtu, 24 Julai 2021

Apa yang menarik di Luit?

 Ramai yang bertanya, apakah maksud 'luit'?. Ada yang memaklumkan bahawa 'luit' berasal dari perkataan Duit yang dilisankan okeh orang Cina menjadi Luit  Sungai Duit menjadi Sungai Luit. Duit yang fimaksudkan ialah betapa berharganya tanah di sini dengan sumber pertanian dan mineral. Sungai Luit terkenal dengan emas dan bijih besi. 



Terdapat 2 lombong mineral yang berada di Ulu Luit yang melombong emas dan bijih besi. Bumi Luit memang kaya hasil galian. 

Selain itu, Luit terkenal dengan sawah padinya. Boleh dilihat di pesisir jalan raya persekutuan berhampiran Pusat Penguatkuasa JPJ. Cantik apabila padi menguning 






Selain itu juga, Kg. Luit terkenal sejak dulu dengan buah mata kucing atau longan. Sepanjang jalan boleh dilihat pokoknya. Spatah lagi jila musin pokok mata kucing berbuah lebat, cantik permandangannya.

Jom ke Luit.




Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'