Rabu, 25 Februari 2026
Jumaat, 20 Februari 2026
Bahan AI bagi poster dan panduan pembelajaran diperbanyakkan.
Seiring dengan kehendak pendidikan dan kehidupan kini, maka banyak bahan AI yang mula didedahkan dan digunakan. Banyak aplikasi AI juga wujud yang dulunya dianggap sukar, kini hanya dihujung jari. Ia boleh dibina ibarat semudah ABC.
Guru-guru dan murid perlu menguasai pembelajaran berbentuk AI bagi menambah pengetahuan. Banyak yang boleh diambil secara positif. Guru-guru perlu ke hadapan menguasai kemahiran alaf baru ini bagi memantapkan pengajaran dan penyampaian mereka. Rugi jika para guru tidak mahu belajar. Antara aplikasi yang kini mendapat perhatian ialah ChatGPT, Gemini AI, Grok AI, Canva AI, NotebookLM dan sebagainya.
Soalan dan pembelajaran juga banyak yang boleh dicari, dibina menggunakan AI. Anatara yang GB guna untuk membuat soalan, mendapatkan maklumat adalah seperti ChatGPT, Gemini, wordwall, Quizze dan sebagainya. GB juga belajar dari media sosial dan kelas IT. Banyak GB belajar dan 'explore' sendiri. Banyak GB rasa ketinggalan dan perlu dipelajari. Apa yang GB tampilkan adalah menggunakan kaedah gabungan pelbagai aplikasi.
Bank soalan @SKBT yang GB tampilkan juga menggunakan AI yang disediakan. Ia memudahkan GB mencari soalan dan gunakan aplikasi yang sesuai serta hasilkan dalam Googleside. Poster-poster juga GB dapat hasikan. Ada antaranya GB kumpulkan di Google drive GB. Boleh lihat di AI@SKBT
.png)