Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Murid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Murid. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2022

Lawatan Pemantauan Isu Beg Berat daripada JPN Pahang.


Menerima kehadiran Encik Adnan Pegawai Unit HEM JPN Pahang. Alhamdulillah, dipermudahkan kerana sekolah telah ambil tindakan yang berkesan. Tah iah kepada JK HEM yang banyak membantu pengurusan.



 



Jumaat, 15 April 2022

Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 SKUL 2022.



Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 SKUL 2022. GB rasa teruja melihat anak-anak pelajar yang comel dan bersedia untuk belajar. Tahun ini, tiada isu murid menangis atau penjaga terpaksa menemani anak-anak ini. Pengajaran cikgu juga berjalan dengan baik.













 

Isnin, 11 April 2022

Usaha sekolah menangani isu beg berat




sekolah telah mengambil langkah yang seiring dengan arahan kementerian bagi menangani isu beg berat.

Antara usaha yang GB laksanakan ialah:

1. Mematuhi garis panduan penjadualan waktu PDPC Tahap 1 dan 2 dengan menyusun semula jadual yang lebih anjal dan pengurangan subjek sehari. 

2.  Membuat pemantauan secara berkala timbangan beg dan berat murid. Beg mesti sekurang-kurangnya 15% daripada berat murid.

3. Usaha bersama PIBG untuk sediakan bakul, lokar , rak bagi meringankan beg murid untuk diisi buku yang perlu ke dalam bakul yang disediakan.

4. Penggunaan teks digital yang boleh dilayari melalui laman site sekolah. https://mylink.la/skul9002 .

5. Pemakluman kepada ibu bapa penjaga agar mematuhi jadual belajar dan membantu anak-anak memilih/susun buku yang hendak dibawa ke sekolah.

Semoga kita memudahkan urusan anak-anak untuk belajar.


 

Isnin, 4 April 2022

Portal Pengurusan Murid : Tambahan Folder Galeria untuk gambar-gambar kenangan di SKUL


UTK MURID DAN IBUBAPA@SKUL

Assalamualaikum dan salam 8 rakaat

Unit ICT SKUL telah siap memasukkan gambar peristiwa atau program pd hari ini dan sebelum nya.... jadi utk melihat gambar periStiwa yg sedia ada boleh layari di link di bawah :

http://mylink.la/murid-skul

UTK Program hr ini

pilih menu :

1. GaLeRiA@SKULDihati

2. pilih PEMIMPIN CILIK 2022

Sekian, dimaklumkan.


 

Khamis, 21 Oktober 2021

Sistem e-Gilir@SKUL memudahkan murid mengetahui jadual kehadiran ke sekolah

 Unit ICT SKUL telah mewujudkan satu sistem yang boleh mengesan jadual dan penggiliran murid ke sekolah. Ianya bagi memudeahkan murid dapat mengetahui jadual penggiliran, minggu bersekolah, kumpulan penggiliran dan meja mereka yang sudah diberikan kod nombor.

Klik gambar

Dengan masuk ke site https://mylink.la/murid-skul , anda akan diberikan pengurusan murid. Klik e-hadir untuk dapatkan maklumat penggiliran.
Tahniah kepada unit ICT atas inovasi yang digunakan. 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'