Memaparkan catatan dengan label Mercy Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mercy Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2024

Majlis Penyampaian sumbangan oleh BASF Petronas Chemical dengan kerjasama MERCY Malaysia di SK Semambu, Kuantan.





Pada 20 Mac 2024, satu majlis yang diadakan di SK Semambu, Kuantan telah menghubungkan kerjasama SKUL dengan NGO Mercy Malaysia. Ini di sambut pula oleh BASF Petrinas Chemical yang membantu memberi sumbangan berupa beg dan laptop untuk sekolah. Sumbangan beg sekolah ini akan dipanjangkan pula kepada murid Asnaf. Terima kasih kepada Mercy Malaysia Cawangan Pahang dan BASF Petronas Chemical. Terima kasih juga SK Semambu menjemput kami.
 

Isnin, 6 September 2021

Bakul makanan untuk anak-anak SKUL diselaraskan oleh Mercy Malaysia.

 Bakul makanan kali ini disumbangkan oleh pihak Mercy Malaysia kepada murid dan keluarga SKUL yang terkesan dengan cabaran Covid19. Terima kasih kepada pihak Mercy Malaysia yang sudi membantu.  

Isnin, 2 Ogos 2021

Penyerahan Tablet Pintar kepada murid yang memerlukan bagi PDPR.


Syukur, penyerahan tablet pintar kepada murid dapat dilaksanakan. Penyerahan Tablet juga dapat disempurnakan oleh YB Sufian ADUN Luit yang kebetulan singgah berkunjung.  Terima kasih YB. Terima kasih juga kepada Mercy Malaysia yang banyak membantu merealisasi impian kita. 

Kepada semua murid yang dapat tablet berkenaan, diharapkan dapat menggunakannya dengan baik. Semoga PDPR dapat diikuti murid dengan jayanya.







 

Khamis, 22 Julai 2021

50 Unit Tablet Pintar lagi dari Mercy Malaysia.


Terima kasih Mercy Malaysia yang disampaikan oleh Cik Zeti kepada pengurusan sekolah SKUL.


Syukur Alhamdulillah, 50 lagi Tablet pintar disumbangkan melalui NGO Mercy Malaysia kepada SK Ulu Luit. Sumbangan ini cukup besar dan beerti bagi warga SKUL dalam mendepani zaman IT dan digital learning terutama PDPR. 

Pastinya guru teruja untuk mengajar dan murid pula bermotivasi untuk terus belajar walaupun secara PDPR. Banyak aplikasi yang boleh digunakan. Tablet ini menjadi 'tools' yang terbaik.

Jika berlaku pembukaan sekolah nanti, murid juga dapat gunakan di dalam kelas sambil dibantu dengan tablet pintar dan smart Tv.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Mercy Malaysia yang merealisasikan impian kami.













 



Ahad, 11 Julai 2021

Kolaboratif dan jalinan bersama Mercy Malaysia. SKUL rasa teruja.

Terima kasih Mercy Malaysia kerana sudi membantu SK Ulu Luit dalam kerjasama kebajikan. Bermula dengan bantuan banjir, bantuan tablet pintar dan peralatan elektrik untuk Asrama Desa SKUL. Selain itu juga, termasuklah bantuan bakul makanan bagi murid dari keluarga B40. Semoga kerjasama ini dapat terus dieratkan.



 

Sabtu, 12 Jun 2021

Pemberian Tablet Pintar untuk PDPR kepada murid SKUL

Sebanyak 50 tablet telah diberikan kepada para pelajar SKUL untuk tujuan PDPR secara pinjaman. Tablet yang baru disumbangkan oleh pihak NGO Mercy Malaysia amat tepat pada waktunya.

Diharapkan anak-anak SKUL dapat memanfaatkan tablet yang diberi. Penyerahan tablet ini disempurnakan oleh GB secara pandu lalu. Mereka juga diminta membuat akur janji bagi memanfaatkan sebaiknya telefon tablet tersebut.







 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'