Khamis, 24 Februari 2022

Pondok TPP SKUL



Satu sudut di pondok menunggu berhadapan pintu masuk sekolah, telah digunakan dengan satu paparan maklumat berkaitan Transformasi Pendidikan Pahang (TPP). Terima kasih para pekerja yang membantu GB untuk menaik taraf pondok berkenaan. Semoga para guru, murid, ibu bapa dan pelawat dapat membaca dan memahami hala tuju TPP.


 

Selasa, 1 Februari 2022

GB dan Mesin Rumput



Apalah salahnya GB mesin rumput. Tidaklah hilangpun maruah seorang guru membantu sekolah. Bukan jatuhnya martabat seorang GB. Tujuan membantu pekerja dan guru membersihkan kawasan. Padang yang luas, memerlukan enam hari untuk mesinnya agar rumput yang panjang dapat menjadi pendek walaupun padang tidak digunakan akibat PKP. Apatah lagi, rumput yang panjang cukup merbahaya kepada semua. Beberapa kali GB sendiri terpotong ular yang melingkar di atas padang. 

GB bantupun pada waktu bukan mengajar, biasanya di waktu petang atau dihujung minggu dan cuti sekolah. Pelbagai persepsi orang boleh beri, baik atau buruk. Namun pandangan GB, tiada salahnya kita sebagai pemimpin atasan turun membantu anak buah di bawah sekali sekala. Apatah lagi, bila ada semakan oleh JPN, PPD dan Nazir ke sekolah. Padang yang tidak digunakan tetap perlu dipotong. Tukang kebun seorang (lelaki) agak sukar untuk membuat semuanya. kita bantu apa yang patut, bukan meremeh atau menunjuk jari untuk menyalahkan. 

Kata orang, sambil menyelam, sambil minum air. Apabila GB turun sama di padang, ia memberikan motivasi kepada para pekerja. Mereka juga dapat memberi pandangan dan menyelesaikan isu. Selain itu, mereka juga akan rasa segan dan bekerja dengan lebih kuat lagi apabila kita sebagai GB selalu pantau kerja anak buah. Orang kampung juga rasa gembira dan teruja apabila melihat GB sentiasa turun padang dan cakna kepada pendidikan dan sekolah anak-anak mereka. Alhamdulillah, GB dapat 'feed back' positif daripada ramai guru dan orang kampung.

GB dan mesin rumput, seperti sahabat yang tidak boleh berenggang. Sejak mula sebagai guru, itulah yang sentiasa bersama. Di mana GB mengajar, perkara yang sama GB akan laksanakan. Padang mesti berpotong dan diselia. Tambahan pula, itu sahaja cara GB  mencari peluh lantaran PKP yang tidak boleh bersukan dan faktor usia. GB dan mesin rumput tetap setia membantu anda untuk lebih kemas dan ceria.

 

Kandungan

Pemerkasaan PBD Peringkat Daerah Maran 2022