Memaparkan catatan dengan label Bicara GB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara GB. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mei 2026

SKBT...terima kasih

 SKBT..

Pengalaman di sini suatu yang banyak membahagiakan. Ya, setahun lebih di sini, tak banyak dapat ku lakukan namun ada sesuatu rasa yang tak dapat aku hilangkan perasaannya. Rasa terharu dan terasa dihormati. Aku tak seperti GB lain yang minat mencari dana, naik sana, naik sini. Aku tak mampu dan kurang ruang nak buat macam tu. Aku jaga bahagian pengurusan, duduk sekali dengan cikgu dan pekerja jika ada program. Dengan pekerja memang rapat seperti adik beradik. Mereka layan aku dan menghormati. 

Terharu bila komuniti termasuklah Tok4, Pengurus Felda, JK JPKK, JK Masjid dan orang perseorangan yang begitu menerima dan menyantuni. Ada alumni yang sanggup membantu sekolah tanpa perlu banyak aku meminta. PIBG, ibu bapa cukup  bersama dan menyantuni. 







Sabtu, 31 Januari 2026

Membina watak melaui AI. Guru perlu kreatif.








Ini aadalah antara hasil yang GB dapatkan melalui pembelajaran AI secara tidak langsung melalui bacaan di FB, instagram dan Tik Tok. Banyak rupanya aplikasi AI ini yang menarik. Boleh buat poster dan maklumat mudah yang hanya memerlukan arahan ringkas dan tidak sampai 5 minit, sudah siap. Ia juga boleh dicantikkan lagi dengan gabungan beberapa aplikasi. GB biasanya menggunakan Chat GPT dan Gemini dan beberapa aplikasi lagi. Boleh hasilkan watak realiti, kartun dan sebagainya. Terbaru, GB dapat belajar hasilkan video daripada gambar pegun yang dihasilkan. Wah, semakin hebat bila gambar pegun hidup dan ia menghasilkan suasana yang hidup. (Boleh dilihat daripada apa yang GB paparkan dalam blog ini).
GB harap cikgu-cikgu juga boleh hasilkan seperti yang GB usahakan. Nanti boleh gunakan untuk PDP yang berkesan. Antara GB telah hasilkan adalah bahan video sejarah daripada gambar pegun. Menarik. Cubalah.

 

Sabtu, 3 Mei 2025

Apakah anda memahami apa itu Merakyatkan Sekolah?


Kadang-kadang rasa kecewa juga bila ada yang tak suka istilah Merakyatkan Sekolah. Katanya langkah ke belakang dan terlalu buka kepada umum. Ia bukan untuk saya tetapi milik sekolah dan komunitinya. Guru adalah penggerak masyarakat, namun ianya semakin kurang ditemui.  Susah @ jarang nak jumpa cikgu aktif bermasyarakat, aktif dalam persatuan, JKPP, politik, JK Masjid, belia dan sebagainya. Mereka hanya aktif dalaman sahaja. 

Begitu juga masyarakat semakin jauh dengan sekolah terutama bila tiada anak yang bersekolah di situ. 

Tak salah kalau GB nak satukan mereka demi kebaikan anak2 dan semua. Masa nak buat program, sibuk minta sumbangan luar tapi kita terus dasar tutup pintu. Di mana GB berada , hasrat itu dibawa. Terserahlah kalau GB sudah keluar, deme nak kuburkan atau tak suka. GB sentiasa positif. 

Sabtu, 8 Februari 2025

Tukang kebun adalah rakan strategik GB


 Mengapa GB katakan demikian? Mereka bukan orang suruhan atau kuli batak kita. Rezeki mereka berkerja di samping kita. 

Bukan perlu diarah, diherdik dan dimarah. Mereka ada skop kerja mereka. Kita sebagai pentadbir, pandu dan beri garis panduan kepada mereka. Beri masa, tempoh dan kerjasama. Jangan mudah melenting dan maki hamun mereka. Mereka juga manusia yang mencari rezeki untuk keluarga. Jadi GB jangan ego, sombong dan berlagak besar. Perlu ada masa beri motivasi. Ini kerana merekalah yang menjaga kita, membantu kita. 6 hari seminggu mereka bekerja,  dari jam 7.00 pagi sampai 4.00 petang.  Hargailah mereka dan pimpin mereka dengan hikmah.

Khamis, 30 Januari 2025

Isu anai-anai sering menggusarkan ketua jabatan




Memang menjadi maslah kepada ketua jabatan sekiranya anai-anai menyerang bangunan. serangannya senyap tetapi memberi kesan besar kepada fizikal bangunan. Ia menjadi bom luar jangka. 

sekiranya berlaku demikian, apakah tindakan kita?. Sepatutnya kita perlu melihat sejauh mana kesannya. Maka, perlunya pentadbir membuat laporan secepat mungkin. Laporan bergambar dan bertulis kepada pihak PPD bagi memohon penyelenggaraan. Selain itu ia perlu dilapor ke dalam Sistem EMIS bersama gambar yang diambil. InshaAllah, pihak PPD dan Jabatan akan mengambil tindakan segera,






 

Cabaran Pendidikan 2025

 

Rabu, 18 Disember 2024

Apakah pandangan pertama GB melihat SKBT?

 Oh, teruja. Sekolah ini sudah berada di tahapnya yang tersendiri. Sekolah yang ceria dan banyak asas TS25 di bawah GB Norziah binti Salleh. GB ucapkan tahniah kepada beliau kerana membawa SKBT kepada kecemerlangan yang ada masa ini. SKBT dari dulu sentiasa dalam radar pemerhatian GB semenjak GB di PPD Maran lagi dalam mengurus kecemerlangan sekolah-sekolah daerah Maran. 

Sekolah ini ceria dan cukup baik dari segi aspek pengurusan. GB basuh kaki aje. Tandas-tandasnya cukup bersih dan ceria serta berinformasi. Jarang sekolah seperti itu. Informasi TS25 juga banyak. Seriau juga bagaimana GB nak teruskan kemantapan yang ada. Cuma mungkin bahan yang dipamer mulai lusuh dan pudar akibat terdedah kepada cuaca. Tugas GB lah nanti untuk ceriakan dan perbaharui semula. 

Pengurusan pejabatnya juga mantap. Audit pun cemerlang. Lega GB sebab AKP yang ada adalah rakan GB yang pernah bekerja di PPD dulu. Mudahlah memahami rentak dan tari. 

Cikgu-cikgu nya juga mantap dan dedikasi. Walaupun hanya kenal beberapa orang, namun GB percaya, akan mudah membina team yang mantap. Ramai guru muda dan baru beberapa tahun di SKBT. Jadi, rasanya mudah untuk GB susun gerak gempur nanti. 

GB percaya, pastinya ada ruang lagi kepada penambahbaikan. Teruskan doa dan harapan yang baik.



Memimpin sekolah juga seperti mengendalikan pasukan bola sepak.

 

  • Alhamdulillah, kita teruskan pendigitalan sekolah. SK Felda Bkt Tajau pun sudah mulai kita transform ke arah pendigitalan. Dan beberapa orang sahabat GB dari dalam dan luar daerah juga sudah mengikuti jejak yang sama. GB bantu mana yang patut. GB suka share. Atas sekolah itulah nak tambah baik macamana.
  • GB tak mahir IT, tapi sentiasa explore mana yang boleh dipelajari dan share mana yang boleh. Kadang-kadang, GB minta bantuan anak buah atau sahabat yang mahir. Begitulah, walaupun usaha kita ada masanya tak dikesampingkan oleh mereka dan mereka. Tak pandang pun.
  • Pendidikan ini luas seperti padang bola. You sebagai leader, terserahlah you nak bina team macamana, nak susun posisi macamana, nak guna sumber kekuatan yang macamana. Yang penting visi dan misi you. Dalam perjuangan pastinya kita mahu menang. Kena bina team seperti pasukan bola, ada wawasan, perancangan, sumber kekuatan, fasiliti, satu pasukan, kerja kuat, taktikal, teknikal, kebajikan, harmoni dan sebagainya



Selasa, 12 November 2024

Keselamatan sekolah

 Keselamatan di sekolah sangat penting untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi semua pelajar, guru, dan kakitangan. Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil di sekolah termasuk:

1. Pintu Masuk yang Dikawal: Sekolah perlu memastikan pintu masuk dijaga dan dikawal. Pengunjung perlu mendaftar sebelum memasuki kawasan sekolah.

2. Latihan Kebakaran dan Kecemasan: Pelajar dan guru perlu mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan secara berkala agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi sebenar.

3. Pemeriksaan Keselamatan: Menyediakan pengawal keselamatan atau penggunaan kamera CCTV untuk mengawasi kawasan sekolah bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.

4. Pengurusan Lalulintas: Menyediakan peraturan bagi pengurusan lalulintas di sekitar sekolah untuk memastikan pelajar selamat sewaktu tiba dan pulang.

5. Kesedaran Kesihatan dan Kebersihan: Mengamalkan kebersihan di kantin, tandas, dan kawasan umum bagi mengelakkan penyakit. Pelajar juga perlu dididik mengenai amalan kebersihan.

6. Program Anti-Buli: Menyediakan program untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli serta cara-cara mengatasi dan melaporkan kejadian buli.

7. Pengawasan Semasa Aktiviti Luar Kelas: Semasa aktiviti kokurikulum atau lawatan, guru perlu memastikan pelajar sentiasa dipantau dan selamat.

8. Keselamatan Alat dan Bahan Kimia di Makmal: Menyediakan latihan penggunaan alatan makmal serta bahan kimia dengan betul bagi mengelakkan kemalangan.

9. Pendidikan Keselamatan: Sekolah boleh memasukkan modul keselamatan dalam kurikulum untuk mendidik pelajar tentang keselamatan diri dan tindakan yang wajar jika berdepan kecemasan.





Dengan langkah-langkah ini, keselamatan di sekolah dapat dipertingkatkan dan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang lebih selamat dan terjamin.

Ahad, 28 Januari 2024

Terus bermotivasi.


"Kejayaan tidak datang bergolek,

Cinta tidak akan terbina jika tiada kasih sayang

Bersatu jiwa, saling mempercayai, menghormati dan melengkapi.

Rempah ratus takkan mengharum tanpa dimasak."

 Begitulah kita dalam membina sebuah kejayaan. Ianya takkan hadir tanpa saling bekerjasama dan sepakat. Bukan senang untuk membina sebuah jaringan kehidupan bersama apatah lagi dalam memimpin urus tadbir sekolah dan dan dalam masa yang sama menguruskan manusia. Ragam dan cabaran yang cukup besar. Apa yang penting, teruskan bermotivasi 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'