Memaparkan catatan dengan label rakan strategik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rakan strategik. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mei 2025

Mencari Rakan Strategik. Antara visi, pengharapan dan sokongan.





Dalam usaha Merakyatkan Sekolah, pastinya kita memerlukan rakan strategik yang mampu membantu memberi sumbangan, kerjasama dan idea bagi meletakkan kecemerlangan sekolah seiring kehendak kementerian. Kami mengalu-alukan sokongan semua. 
 

Selasa, 14 November 2023

Pendaftaran Aplikasi Pandai.com sebagai satu program amalan baik PDPC SKUL

 Assalamualaikum,

Jadi Anak Baik lagi Cerdik menggunakan pandai.com   

Ibu bapa dan murid sekalian,

Pandai.com adalah satu aplikasi pembelajaran terkini dan banyak membantu kecemerlangan murid. Ia terbuka kepada semua murid yang berumur 7 - 17 tahun. Ada perisian percuma. 

Cuma download aplikasi di komputer atau telefon. Seterusnya login guna nombor telefon dan email. Boleh guna nombor telefon dan email ibu bapa. E-mail murid boleh dapatkan di sekolah.

Terdapat pelbagai subjek mengikut tahun belajar dan pelbagai topik kemahiran. BM, Matematik , BI, Sains, Sejarah, RBT, KAFA dan sebagainya. Keaktifan dan kecemerlangan anak-anak akan diberi 'Ranking' dan 'Rewards'. 

Termasuk murid menengah sampai SPM. Apa tunggu lagi, jom belajar online. 

https://my.pandai.org

Daftar /'Sinup' dahulu.

Jika bermasalah, boleh datang jumpa GB untuk khidmat bantu.

Semoga ia dapat memberi ruang untuk anak-anak belajar dengan lebih cemerlang di mana-mana sahaja. Yang free pun sudah memadai.



GB bersama CEO Pandai.com




Isnin, 27 Februari 2023

Pelancaran dan perluasan aplikasi Pandai.apps untuk pembelajaran anak-anak SKUL

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi membantu anak-anak pelajar SKUL untuk terus belajar, kami melancarkan program SKUL@pandai di mana anak-anak menggunakan pembelajaran digital  PANDAI yang boleh diakses melalui telefon pintar atau komputer. Ibu bapa boleh muat turun dari aplikasi Google/play store. 

Ada beberapa pakej disediakan:

1. Pelajar (free)

2. Pelajar Premium (RM30/96 sebulan) -jika hendak lebih secara tuisyen.

3. Ibu bapa (free)

4. Guru (free)

Semua pakej ini amat sesuai untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Terdapat banyak perisian, latih tubi, ujian yang disediakan bersama pelbagai subjek dan topik. Ianya mengikut sukatan dan latihan topik ke topik.Ibu bapa boleh pantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Anak sekolah menengah juga boleh menggunakan dan pastinya memudahkan 

Pihak Pandai Apps merupakan rakan strategik PGB Pahang menyarankan kerjasama semua bagi membantu pembelajaran anak-anak bila-bila masa dan di mana sahaja. Terutama masa cuti sekarang.

Ibu bapa boleh terus ke halaman Pandai Apps dan daftar. 

https://pandai.org/my/home

Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat belajar.

#SKUL@pandai

#SKUL@digital


*Guru Besar SK Ulu Luit*

*# sebarang pertanyaan boleh hubungi GB. Terima kasih.




Bersama CEO Pandai Apps. En Khairol.




Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'