Isnin, 24 Ogos 2026

Blogger : Antara hobi, IT, sejarah dan kerja buat GB.


https://skbukitajau.blogspot.com/?m=1

https://gbjustme.blogspot.com/?m=0


Antara banyak blog yang GB hasilkan, dua blog yang masih GB gunakan untuk menulis, berkarya dan menyimpan apa sahaja gerakerja GB secara kerap. Sudah berbelas tahun GB berkarya dalam blog. Ia masih relevan walaupun 'old school methoded'.

Ada yang memang mendapat perhatian yang tinggi seperti :

https://serlahmembaca.blogspot.com/?m=0

(Baru dikemaskini semula)

https://newzealandvillage.blogspot.com/?m=1

(Sedang dikemaskini dengan maklumat terbaru)

https://gerbangkualiti.blogspot.com/?m=1 (hampir 6 tahun GB tak layan blog ini)

Ada juga yang GB tak menulis agak lama di situ, namun blog masih ada. Berkemungkinan GB akan mula kembali menulis jika ada waktu.

https://lamanceriasayang.blogspot.com/?m=0

https://kertauvillage.blogspot.com/?m=0

Boleh lihat pautan https://mylink.la/gbjustme  '

Ahad, 23 Ogos 2026

𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻: 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵, 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹



 𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻: 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵, 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹

Dilema utama seorang ketua selalunya timbul apabila anak buah mula culas, membantah arahan rasmi, atau mengabaikan tugasan hakiki. Situasi ini menjadi semakin rumit apabila pekerja di bawah seliaannya terdiri daripada rakan rapat atau mereka yang lebih senior dari segi umur dan pengalaman. Namun, hakikat dalam alam pekerjaan tidak pernah berubah: apabila tugasan terabai atau berlaku kesilapan, pertanggungjawaban (𝘢𝘤𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺) tetap jatuh ke atas bahu ketua. Pangkat dan tanggungjawab yang digalas bukannya untuk dipandang remeh, melainkan satu amanah organisasi yang perlu dilunaskan secara bersatu padu.

Mengapa rasa hormat kepada pimpinan dan sikap profesional itu sangat kritikal? Seseorang ketua tidak meminta dihormati secara peribadi, sebaliknya menuntut rasa hormat terhadap peranan dan amanah yang dibawanya. Profesionalisme bermaksud memisahkan urusan peribadi, hubungan persahabatan, atau jurang umur daripada tanggungjawab kerja harian. Arahan yang sah dan relevan dengan tugas perlu dilaksanakan demi kelancaran operasi pasukan. Tanpa disiplin dan pematuhan terhadap rantaian arahan (𝘤𝘩𝘢𝘪𝘯 𝘰𝘧 𝘤𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥), sesebuah organisasi akan bertukar kucar-kacir dan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.

Beruntunglah jika dikurniakan ketua yang masih berlemah lembut, bertoleransi, dan mengajak berunding secara berhemah. Jika ditakdirkan mendapat pimpinan yang tegas tanpa kompromi, setiap ketidakpatuhan atau pembangkangan tanpa alasan munasabah boleh terus diheret ke tindakan tatatertib. Keharmonian pejabat bukanlah tanggungjawab ketua seorang, sebaliknya dibina bersama melalui sikap saling menghormati dan matang dalam bekerja.

#Kepimpinan #SikapProfesional #BudayaKerja #IntegritiDiHati

Jumaat, 21 Ogos 2026

REKOD MESYUARAT GUNA GEMINI AI

REKOD MESYUARAT GUNA GEMINI AI 

Mudah • Cepat • Jimat Masa 

Tak perlu dah taip minit mesyuarat panjang-panjang dah cikgu 😭 

Sekarang cikgu boleh guna Gemini AI untuk dengar perbualan, tukar jadi teks & bantu siapkan draf minit mesyuarat secara automatik!

Kredit to Fadzlina Aziz.


Bina Google Form dengan Gemini AI.

CIKGU, GOOGLE FORM DAH MAKIN BIJAK!Google Forms dalam ID DELIMA kini ada ✨ GEMINI AI ✨Tak perlu lagi bina soalan satu demi satu atau fikir format borang dari awal. Cuma taip arahan ringkas dan Gemini akan hasilkan Google Form secara automatik dalam beberapa saat sahaja! Antara borang yang boleh dijana:✅ Kuiz & Latihan Murid✅ Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)✅ Borang Kehadiran✅ Borang Pendaftaran✅ Borang Transit✅ Borang Maklum Balas Aktiviti✅ Borang Permohonan(Kredit untuk Fadzlina Aziz)

Nak bina dashboard online dan One page report bagi GB.

 Ada 2 perkara yang GB nak hasilkan ketika ini iaitu dashboard online dan dashboard One page report. Nanti GB akan namakan. 

Harap GB berjaya hasilkan dan suntik semangat peribadi.

Ini adalah asas yang boleh digunakan.


(Data adalah contoh sahaja, bukan data rasmi sekolah)









Khamis, 20 Ogos 2026

Bagaimana GB bergabung dengan AI dalam membina strategi sekolah?

 



GB JUSTME DAN AI

GB JUSTME COMMAND CENTRE 2026

🚀 BERKOLABORASI • STRATEGI • DATA • INFORMASI

“AI bukan menggantikan kepimpinan — AI memperkasa kepimpinan membuat keputusan yang lebih pantas, tepat dan strategik.”


🧠 GB JUSTME × AI

Rakan Strategik Kepimpinan Sekolah Digital

GB JUSTME

  • Kepimpinan visioner
  • Menetapkan hala tuju
  • Membuat keputusan
  • Memimpin perubahan

AI

  • Menganalisis data
  • Menyusun maklumat
  • Mengenal pasti pola & trend
  • Menjana cadangan strategik

GB + AI = KEPUTUSAN LEBIH BIJAK


📊 3 TERAS COMMAND CENTRE 2026

01 | STRATEGI

Fokus • Hala Tuju • Perancangan

  • Perancangan strategik sekolah
  • Analisis isu & keutamaan
  • Sasaran dan indikator kejayaan
  • Pemantauan pelaksanaan

02 | DATA

Data → Analisis → Insight

  • Data akademik
  • Kehadiran murid
  • PBD & pentaksiran
  • Kokurikulum
  • Sahsiah & disiplin
  • Prestasi guru dan sekolah

03 | INFORMASI

Maklumat → Pengetahuan → Tindakan

  • Dashboard pengurusan
  • Laporan prestasi
  • Ringkasan eksekutif
  • Amaran awal
  • Cadangan tindakan intervensi

🏫 SEKOLAH DIGITAL

DATA-DRIVEN • AI-POWERED • HUMAN-CENTRED

Data dikumpul

AI menganalisis

GB mendapat insight

Keputusan strategik dibuat

Intervensi dilaksanakan

Prestasi sekolah dipantau


🎯 MATLAMAT UTAMA

MENGANGKAT KECEMERLANGAN SEKOLAH

Kepimpinan lebih cekap
Guru lebih berdaya upaya
Data lebih bermakna
Tindakan lebih pantas
Murid lebih berjaya


⚡ GB JUSTME COMMAND CENTRE 2026

“Satu pusat pemikiran strategik untuk menggerakkan sekolah melalui DATA, AI dan KEPIMPINAN.”

STRATEGI + DATA + AI + TINDAKAN = KECEMERLANGAN SEKOLAH

GB JUSTME × AI

MEMIMPIN SEKOLAH DIGITAL, MEMACU KECEMERLANGAN.

Sabtu, 9 Mei 2026

SKBT...terima kasih

 SKBT..

Pengalaman di sini suatu yang banyak membahagiakan. Ya, setahun lebih di sini, tak banyak dapat ku lakukan namun ada sesuatu rasa yang tak dapat aku hilangkan perasaannya. Rasa terharu dan terasa dihormati. Aku tak seperti GB lain yang minat mencari dana, naik sana, naik sini. Aku tak mampu dan kurang ruang nak buat macam tu. Aku jaga bahagian pengurusan, duduk sekali dengan cikgu dan pekerja jika ada program. Dengan pekerja memang rapat seperti adik beradik. Mereka layan aku dan menghormati. 

Terharu bila komuniti termasuklah Tok4, Pengurus Felda, JK JPKK, JK Masjid dan orang perseorangan yang begitu menerima dan menyantuni. Ada alumni yang sanggup membantu sekolah tanpa perlu banyak aku meminta. PIBG, ibu bapa cukup  bersama dan menyantuni. 







Kandungan

Blogger : Antara hobi, IT, sejarah dan kerja buat GB.