Selasa, 28 September 2021
Jumaat, 24 September 2021
Transformasi Asrama Desa SKUL
Selasa, 21 September 2021
Isnin, 20 September 2021
Pembudayaan Kajian Tindakan
Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dlaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah.
Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Oleh itu ia sangat sesuai diaplilkasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.
Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di sekolah masing-masing.
Manual Kajian Tindakan dihasilkan dan dimantapkan bersesuaian dengan keperluan semasa dan akan datang. Ia merupakan garis panduan bagi melaksanakan kajian berdasarkan proses yang betul, tepat dan sistematik supaya dapatan yang bermakna dapat dihasilkan serta mampu menyumbang kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan pendidikan.
Manual ini diharapkan dapat membangkitkan minat guru-guru khususnya untuk menjalankan kajian di sekolah, di samping menambahkan pengetahuan dan kefahaman guru tentang tata cara melaksanakan Kajian Tindakan. Moga penyediaan Manual ini, akan dapat mendekatkan diri pembaca dan para pendidik khususnya dengan dunia Kajian Tindakan.
Ahad, 19 September 2021
GM & PLN, Transformasi Minda : Pembudayaan Kajian Tindakan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Program :
*Transformasi Minda : Pembudayaan Kajian Tindakan*
Kolaborasi :
*SK Ulu Luit, Maran dan SK Bukit Serok, Rompin*
Bersama
Pembentang Kajian Tindakan :
*Cg Afid Ainzat Bin Suhaimi*
*Guru PPKI*
*SK BUKIT SEROK, ROMPIN*
Tarikh : *21/09/2021*
Hari : *Selasa*
Masa : *2.30 ptg*
Platform : *GOOGLE MEET*
LINK GM :
https://meet.google.com/qzv-ifom-bcc
Semua guru SKUL terlibat.
Kehadiran akan dimasukkan ke dalam SPLKPM.
Turut serta :
😃MGB Maran
😃Kelompok Luit
😃Rakan PGB Kualiti Pahang
😃Rakan Strategik RS20
#SALUTE
#SELUIT
#MERAKYATKANSEKOLAH
#TS25@SKUL
Jumaat, 17 September 2021
Selasa, 14 September 2021
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Peringkat SK Ulu Luit 2021
![]() |
APC Bulan Julai 2021 |
![]() |
APC Bulan Ogos 2021 |
*ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG BULANAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ULU LUIT 2021*
Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan pihak sekolah bersetuju mewujudkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Sekolah Kebangsaan Ulu Luit 2021 bermula bulan Julai yang lalu.
Berikut adalah senarai nama guru-guru yang menerima anugerah Pdpr pada bulan Julai dan Ogos 2021 :
*Julai 2021*
1. Anugerah Guru Ikon PDPR
- *Encik Mohd Shahrul Rizal bin Mohd Yusoff*
2. Anugerah Guru Aktif PDPR
- *Puan Zaidah binti Zainuddin*
3. Anugerah Guru Cakna PDPR
- *Encik Wan Mohamad Iskandal bin Wan Deraman*
*Bulan Ogos 2021*
1. Anugerah Guru Ikon PDPR
- *Encik Mohd Hazrin bin Mat Ali*
2. Anugerah Guru Aktif PDPR
- *Puan Safuan binti Yaacob*
3. Anugerah Guru Cakna PDPR
- *Puan Noor Eda binti Abdul Rahman*
Tuan Puan dijemput mengambil hadiah pada:
Tarikh: 17 September 2021
Masa : 9 pagi
Tempat: Pejabat SK.ULU.LUIT
Tahniah dan syabas, semoga terus maju jaya dalam perkhidmatan.
*Encik Mohd Jasmi bin Jaafar*
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ulu Luit.
14 September 2021
Isnin, 13 September 2021
Proses Kerja Pengurusan Fail Rasmi Pejabat.
![]() |
Bilik Fail juga perlu diurus dengan baik dan bersistem. |
![]() |
Jangan ambil mudah tentang fail atau dokumen rasmi. |