Memaparkan catatan dengan label Digital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Digital. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Februari 2026

Bahan AI bagi poster dan panduan pembelajaran diperbanyakkan.

 Seiring dengan kehendak pendidikan dan kehidupan kini, maka banyak bahan AI yang mula didedahkan dan digunakan. Banyak aplikasi AI juga wujud yang dulunya dianggap sukar, kini hanya dihujung jari. Ia boleh dibina ibarat semudah ABC. 

Guru-guru dan murid perlu menguasai pembelajaran berbentuk AI bagi menambah pengetahuan. Banyak yang boleh diambil secara positif. Guru-guru perlu ke hadapan menguasai kemahiran alaf baru ini bagi memantapkan pengajaran dan penyampaian mereka. Rugi jika para guru tidak mahu belajar. Antara aplikasi yang kini mendapat perhatian ialah ChatGPT, Gemini AI, Grok AI, Canva AI, NotebookLM dan sebagainya.

Soalan dan pembelajaran juga banyak yang boleh dicari, dibina menggunakan AI. Anatara yang GB guna untuk membuat soalan, mendapatkan maklumat adalah seperti ChatGPT, Gemini, wordwall, Quizze dan sebagainya. GB juga belajar dari media sosial dan kelas IT. Banyak GB belajar dan 'explore' sendiri. Banyak GB rasa ketinggalan dan perlu dipelajari. Apa yang GB tampilkan adalah menggunakan kaedah gabungan pelbagai aplikasi. 

Bank soalan @SKBT yang GB tampilkan juga menggunakan AI yang disediakan. Ia memudahkan GB mencari soalan dan gunakan aplikasi yang sesuai serta hasilkan dalam Googleside. Poster-poster juga GB dapat hasikan. Ada antaranya GB kumpulkan di Google drive GB. Boleh lihat di AI@SKBT




Isnin, 9 Februari 2026

Contoh AI yang menghidupkan suasana dan menarik minat murid. Guru boleh tambah baik.





Ini adalah contoh video pendek yang terhasil menggunakan AI. Kita boleh gunakan gambar sedia ada daripada mana-mana sumber atau hasilkan sendidi menggunakan Chat GPT dan Gemini AI.  Selepas itu, kita kembangkan melalui aplikasi video yang pelbagai. 

Sabtu, 31 Januari 2026

Membina watak melaui AI. Guru perlu kreatif.








Ini aadalah antara hasil yang GB dapatkan melalui pembelajaran AI secara tidak langsung melalui bacaan di FB, instagram dan Tik Tok. Banyak rupanya aplikasi AI ini yang menarik. Boleh buat poster dan maklumat mudah yang hanya memerlukan arahan ringkas dan tidak sampai 5 minit, sudah siap. Ia juga boleh dicantikkan lagi dengan gabungan beberapa aplikasi. GB biasanya menggunakan Chat GPT dan Gemini dan beberapa aplikasi lagi. Boleh hasilkan watak realiti, kartun dan sebagainya. Terbaru, GB dapat belajar hasilkan video daripada gambar pegun yang dihasilkan. Wah, semakin hebat bila gambar pegun hidup dan ia menghasilkan suasana yang hidup. (Boleh dilihat daripada apa yang GB paparkan dalam blog ini).
GB harap cikgu-cikgu juga boleh hasilkan seperti yang GB usahakan. Nanti boleh gunakan untuk PDP yang berkesan. Antara GB telah hasilkan adalah bahan video sejarah daripada gambar pegun. Menarik. Cubalah.

 

Rabu, 1 Oktober 2025

Bank soalan @ Kuiz PDPC Digital

 Alhamdulillah, satu platform lagi diwujudkan bagi membolehkan murid menggunakannya sebagai latihan ulang tubi PDPC. Ia dibangunkan bagi memastikan murid dapat belajar sepanjang masa dan semakin teruja membuat latihan yang dibekalkan guru. 

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/bank-soalan-skbtpdpc/home








Selasa, 17 Jun 2025

Dasar Pendidikan Digital Negara

 

🧱 Enam Teras Strategik DPD

  1. Murid Fasih DigitalMurid yang mampu menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, bertanggungjawab, dan beretika untuk mencipta inovasi, menganalisis data, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi.

  2. Pendidik Kompeten DigitalGuru yang mahir dalam menggunakan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

  3. Budaya Kepemimpinan Digital BerwawasanPemimpin pendidikan yang proaktif dalam memimpin transformasi digital di institusi pendidikan.

  4. Pengupayaan Infrastruktur dan InfostrukturPenyediaan peralatan, capaian internet, dan ruang pembelajaran digital yang kondusif.

  5. Kandungan Digital BerkualitiPembangunan dan penyediaan bahan pembelajaran digital yang relevan dan berkesan.

  6. Rakan Strategik yang KomitedKerjasama dengan sektor awam, swasta, dan komuniti untuk menyokong inisiatif pendidikan digital.



Isnin, 16 Disember 2024

Pendigitalan Sekolah diteruskan. Kini di SK Felda Bukit Tajau pula.


Pendigitalan sekolah kita teruskan lagi. Harap ia dapat digunakan sebagai sebaran info maklumat dan pencarian data. 


 

Isnin, 21 Oktober 2024

Kursus Lanjutan Pendigitalan Sekolah




Kursus Lanjutan ini diadakan di Hotel AnCasa Kuala Lumpur dengan diurusetia oleh pihak IAB. Pendedahan mengenai pendigitalan sekolah oleh SMK Kuala Krau di bawah pimpinan pengetua dan cikgu PKKInya yang hebat.

Sabtu, 30 Mac 2024

Bahan-bahan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

klik gambar untuk ke pautan

GB telah usahakan satu aplikasi yang mesra pelanggan untuk mendapatkan bahan-bahan kursus atau bengkel dengan terus ke pautan https://linktr.ee/ladapskul. Pengguna boleh mendapatkan bahan bacaan yang dikongsikan. Semoga memberi manfaat kepada semua.
 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'