Memaparkan catatan dengan label Merakyatkan sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merakyatkan sekolah. Papar semua catatan

Ahad, 5 Oktober 2025

Usaha GB mengangkat tandas terbaik kini diminta pula untuk menyumbangkan usaha bagi tandas terbaik Masjid Bukit Tajauu pula.


 Bermula sekolah terpilih sebagai wakil Pahang dalam TOTY 2025, Masjid Bukit Tajauu pula meminta untuk membantu mereka. Alhamdulillah, GB bersama beberapa orang guru telah membantu. 

Sabtu, 3 Mei 2025

Apakah anda memahami apa itu Merakyatkan Sekolah?


Kadang-kadang rasa kecewa juga bila ada yang tak suka istilah Merakyatkan Sekolah. Katanya langkah ke belakang dan terlalu buka kepada umum. Ia bukan untuk saya tetapi milik sekolah dan komunitinya. Guru adalah penggerak masyarakat, namun ianya semakin kurang ditemui.  Susah @ jarang nak jumpa cikgu aktif bermasyarakat, aktif dalam persatuan, JKPP, politik, JK Masjid, belia dan sebagainya. Mereka hanya aktif dalaman sahaja. 

Begitu juga masyarakat semakin jauh dengan sekolah terutama bila tiada anak yang bersekolah di situ. 

Tak salah kalau GB nak satukan mereka demi kebaikan anak2 dan semua. Masa nak buat program, sibuk minta sumbangan luar tapi kita terus dasar tutup pintu. Di mana GB berada , hasrat itu dibawa. Terserahlah kalau GB sudah keluar, deme nak kuburkan atau tak suka. GB sentiasa positif. 

Khamis, 1 Mei 2025

Mencari Rakan Strategik. Antara visi, pengharapan dan sokongan.





Dalam usaha Merakyatkan Sekolah, pastinya kita memerlukan rakan strategik yang mampu membantu memberi sumbangan, kerjasama dan idea bagi meletakkan kecemerlangan sekolah seiring kehendak kementerian. Kami mengalu-alukan sokongan semua. 
 

Ahad, 12 Mei 2024

Taklimat dan Temuduga TVET di SkUL



Ini juga impak kepada 'Merakyatkan Sekolah'' SK Ulu Luit Maran . Untuk kali ke 2, pihak Kementerian Pengajian Tinggi menggunakan sekolah sebagai tempat taklimat dan temuduga kelayakan TVET. Ruang baik untuk anak-anak yang berhasrat sambung pengajian berkemahiran tinggi sama ada lepasan SPM, tahfiz atau dari umur 16 tahun. Sebagaimana hasrat kerajaan untuk memperkasakan TVET, sewajarnya ia disahut bersama. Semoga ada rezeki buat anak2 yang hadir temuduga.

#MerakyatkanSekolah

 

Sabtu, 11 Mei 2024

Gotong royong Madani SKUL. Terima kasih NGO Finco.















Alhamdulillah, kerja hebat guru dan PIBG SK Ulu Luit Maran . Gotong royong yang turut disertai oleh bukan sahaja ibu bapa, tetapi turut sama NGO FINCO dan jabatan Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) Cawangan Maran. FINCO terdiri daripada gabungan institusi MISC, OCBC dan agensi bank/insuran.

Dalam kesibukan, SKUL berjaya merealisasikan "Merakyatkan Sekolah' di mana hubungan komuniti, PIBG dan sektor swasta kerajaan bergabung membantu sekolah. Gotong royong mengecat sekolah agar kembali ceria selepas bangkit dari banjir yang melanda sekolah saban tahun. FINCO juga turut sama membantu dalam membaiki beberapa kawasan sekolah dan penggantian peralatan terlibat banjir. Kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang

Paling gembira, apabila melihat cikgu, staf dan ibu bapa turut sama turun membantu. Semangat semuanya. Terima kasih banyak- banyak yang dapat hadir membantu. Semoga SKuL terus ceria dan impaknya memberi kesan cemerlang kepada anak pelajar. 






 

Jumaat, 5 April 2024

Penyampaian Sumbangan oleh Alumni SKUL kepada anak yatim dan asnaf SK Ulu Luit



Sumbangan bakul makanan dan duit rasa kepada 42 orang murid Asnaf dan yatim telah disampaikan pada 5/4/2024 oleh wakil Alumni SKUL, En Shahril dan En Suhaimi bin Shukri. Sumbangan yang dimaklumkan hampir berjumlah RM5 ribu ringgit telah selesai diberikan kepada 42 orang murid terpilih, hasil sumbangan terkumpul bekas pelajar/Alumni SKUL Terima kasih kepada Alumni yang membantu. Projek ini adalah usahasama antara GB dan Alumni SKUL buat tahun ke2 berturut-turut.















 

Memorandum Persefahaman Antara SK Ulu Luit dan VGMatics Sdn Bhd dalam pendigitalan sekolah














 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'