Isnin, 27 Februari 2023

Pelancaran dan perluasan aplikasi Pandai.apps untuk pembelajaran anak-anak SKUL

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi membantu anak-anak pelajar SKUL untuk terus belajar, kami melancarkan program SKUL@pandai di mana anak-anak menggunakan pembelajaran digital  PANDAI yang boleh diakses melalui telefon pintar atau komputer. Ibu bapa boleh muat turun dari aplikasi Google/play store. 

Ada beberapa pakej disediakan:

1. Pelajar (free)

2. Pelajar Premium (RM30/96 sebulan) -jika hendak lebih secara tuisyen.

3. Ibu bapa (free)

4. Guru (free)

Semua pakej ini amat sesuai untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Terdapat banyak perisian, latih tubi, ujian yang disediakan bersama pelbagai subjek dan topik. Ianya mengikut sukatan dan latihan topik ke topik.Ibu bapa boleh pantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Anak sekolah menengah juga boleh menggunakan dan pastinya memudahkan 

Pihak Pandai Apps merupakan rakan strategik PGB Pahang menyarankan kerjasama semua bagi membantu pembelajaran anak-anak bila-bila masa dan di mana sahaja. Terutama masa cuti sekarang.

Ibu bapa boleh terus ke halaman Pandai Apps dan daftar. 

https://pandai.org/my/home

Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat belajar.

#SKUL@pandai

#SKUL@digital


*Guru Besar SK Ulu Luit*

*# sebarang pertanyaan boleh hubungi GB. Terima kasih.




Bersama CEO Pandai Apps. En Khairol.




Gotong-royong mengecat bangunan.








 

Rabu, 22 Februari 2023

Program Ihya Ramadhan SKUL


 

Bersama Pengarah Pendidikan Pahang di Penutup Mesyuarat Agung PGB Pahang kali pertama 2023




 

Teknologi VR & AR : ClassVR untuk pendidikan.

GB sempat menguji sistem ClassVR yang canggih.  Amat teruja apabila ia memperlihatkan teknologi tinggi dalam pendidikan. Cuma ianya agak tinggi harganya bagi sekolah rendah.  Apapun ianya baik untuk pembelajaran anak-anak terutama dalam sains, alam sekitar, kesihatan dan sebagainya. Kebanyakan universiti ada mendapatkan teknologi berkenaan. Terima kasih rakan strategik PGB Pahang yang bergerak dengan Fargoes.





 

Aplikasi 'Pandai' antara aplikasi digital yang amat sesuai untuk para pelajar rendah dan menengah.

 Aplikasi Pandai amat sesuai sebagai satu bentuk kaedah pembelajaran digital kepada semua anak pelajar. Ia bukan sahaja aplikasi untuk anak belajar tetapi juga ada pengisian untuk ibu bapa dan guru. Caranya mudah, download aplikasi Pandai di telefon atau buka web di komputer, daftarkan diri dan boleh belajar. Murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, boleh buat latihan dan ujian. 

    Aplikasi ini adalah percuma. Namun boleh juga ke tahap yang lebih tinggi dengan membayar Serendah RM30 sebulan. Ada juga pakej pembelajaran digital Online dengan yuran RM96 sebulan di mana kelas online diberikan oleh guru-guru pakar.

    Ini dimaklumkan sendiri oleh Encik Khairol CEO Pandai Apps kepada kami wakil PGB Pahang di hotel Ideas, Kuala Lumpur. 

https://pandai.org/my/home







Lawatan ke kilang pakaian di Semenyih, rakan strategik PGB Pahang.











 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'