Selasa, 23 Mei 2023

Kejohanan Badminton MSSD Maran. SKUL tetap hantar wakil.





 

Intervensi RQ SKUL 2023



Ustazah Rohana dan Salina sedang memurnikan Rekod semakan pembacaan Iqra' para pelajar. Program ini menggunakan rakan sebaya/pembimbing bagi membantu ustazah dalam menggerakkan pembacaan murid. Kita berharap semua murid terlibat akan "celik Quran' dalam tempoh 2 bulan. 

Bagi murid asrama desa SKUL, semua murid perlu melepasi AL Quran dalam tempoh 2 bulan. Bagi yang mengikuti KAFA, akan dibantu pula oleh guru KAFA. Pada setiap Rabu, semua murid akan dibantu oleh ustazah Rohana dan Salina dalam pembacaan Quran dan Iqra'. Bagi tahun 6 pula, setiap hari Merka akan mengaji dari pukul 3.00 hingga 5.30 petang. Setakat ini, seramai 8 orang murid tahun 6 asrama telahpun khatam Al-Quran.
 

Isnin, 15 Mei 2023

Sesi perbincangan bersama ibu bapa demi kemajuan pelajar..



Alhamdulillah, GB sentiasa terbuka dengan kehadiran ibu bapa. Senang untuk berbincang dan menunjukkan hala tuju sekolah. Terima kasih atas kehadiran penjaga dan sudi menerima pandangan dan nasihat. Bagus untuk perkembangan anak-anak. 
 

Jumaat, 12 Mei 2023

Pengurusan psikologi dan emosi murid.

 3 hari ini, menyelesaikan isu murid. Kebetulan berkaitan anak2 estet. Nasihat, teguran dan motivasi antara proses bimbingan yang sentiasa diberi. Jarang GB gunakan kekerasan atau main tibai. Pendidikan sekarang tak macam dulu. Perlu ada 'Karamah Insaniah'.  

Anak-anak ini baik, amat menghormati gurunya. Ibu bapa mereka juga sentiasa berhubung bertanya perihal anak2. Tugas GB lebih daripada kaunselor, perlu tangani isu dengan psikologi, perlu bimbing dan cari jalan mengatasi. Ibarat tarik rambut dalam tepung. Yang penting, kita lihat perubahan mereka ke arah positif, bukan hukuman yang jadi keutamaan. Pengurusan emosi dan psikologi antara yang perlu dinilai semasa berurusan dengan murid. 

Hari ini walaupun MC, tetap hadir sekolah ambil anak pulang. Sempat juga panggil anak2 ini bertanya khabar. Dapat maklum juga, ada permintaan murid estet untuk tinggal di asrama. Alhamdulillah, terbuka juga anak2 India untuk tinggal di asrama.





Khamis, 11 Mei 2023

Air minuman di musim Gelombang haba



Coway untuk murid sudah ada namun belum mencukupi untuk kegunaan semua murid. Sampai kering air penapis. Terima kasih orang perseorangan yang membantu memberikan air minuman untuk kegunaan anak2
Panas2 gelombang haba ini perlu banyak minum air. Alhamdulillah, murid2 SKUL sentiasa bawa bekal air minuman dari rumah.
 

Kandungan

Blogger : Antara hobi, IT, sejarah dan kerja buat GB.