Selasa, 19 Januari 2021

Musibah Banjir di Luit. Satu keluhan, cabaran dan hikmahNya


Pada 2 Januari 2021, hujan lebat yang turun tanpa henti seharian telah melimpahkan airnya di Kg Luit. SK Ulu Luit juga terkena kesannya. Ia merupakan musibah banjir terburuk setakat ini. semua kawasan sekolah ditelenggami air bersama lumpur hampir 2-3 meter. Semua bangunan yang berada di bawah ditenggelami banjir. Banyak kerosakan kemudahan sekolah termasuk perabot, makmal, asrama dan kelengkapan murid.

    Ianya memberi kesan mendalam kepada kami. Tak terbayang kesedihan melihat semua kawasan rosak. Cabaran besar untuk kami bangkit kembali. Perabot Prasekolah terus hancur, Banyak yang rosak mencecah ratusan ribu ringgit. Pada siapakah kami mohon bantuan?

    Alhamdulillah, syukur kerana setiap ujian itu ada hikmahNya. Tak menang tangan kami melayan para sukarelawan, NGO dan masyarakat yang datang membantu. Allahu, hebat semuanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu samasa hadir menolong atau memberi apa jua sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk.





 

Kandungan

Pentaksiran Bilik Darjah