Khamis, 30 November 2023

Perkhemahan Bersepadu SKUL 2023




Program 2 hari semalam merupakan program tahunan yang sentiasa mengujakan. Pelbagai aktiviti dijalankan dengan pemantauan guru dan kerjasama AKP, Komuniti dan PIBG.

 






KEPEDULIAN DALAM MEMIMPIN

 KEPEDULIAN


Sebagai pemimpin, letaklah hati kita di hati-hati staf kita, nescaya mereka juga akan meletakkan hati kita di hati mereka. Dengan memahami dan menghargai keperluan serta aspirasi mereka, kita membina hubungan kepercayaan dan hormat yang mendalam.

Ini membentuk asas kepemimpinan yang berpusat pada kepedulian dan saling menghormati, yang akhirnya membawa kepada sinergi dan prestasi yang lebih tinggi dalam pasukan.

Dr Amat Taap Manshor Lead Like A CEO "BUAT BIAR BETUL"


CnP

Ahad, 26 November 2023

Lawatan Timbalan PPD Maran ke SKUL bagi tinjauan persediaan musim banjir



Kunjungan Én Bakri dan Én. Azli ke SKUL bagi meninjau persiapan banjir dan melihat kesiap siagaan SKUL. Terima kasih atas kehadiran tuan Timbalan PPD. Mereka sempat meninjau kelas PDP. 

 

Sabtu, 25 November 2023

Anugerah NILAM SKUL 2023










Penyampaian Sijil kepada pembaca terbanyak dan yang mendapat anugerah Nilam Berbintang 1 hingga 5.
 

Khamis, 23 November 2023

Mesyuarat JK Penasihat Perpustakaan Pahang Luit Bil.1/2023


Mesyuarat JK Penasihat Perpustakaan Luit merupakan mesyuarat komuniti bagi menggerakkan peranan Perpustakaan kepada komuniti setempat. Apabila perpustakaan berfungsi memberi perkhidmatan pinjaman buku, ia semestinya dapat menggerakkan percambahan ilmu dalam kalangan masyarakat. Sudah pastinya masyarakat berilmu, masyarakat membaca. 

Banyak faedah dan kebaikan jika ia dapat digunakan oleh komuniti terutama anak-anak SK Ulu Luit itu sendiri. Dengan kolaborasi ini, saya percaya murid-murid SKUL akan mengambil peluang membaca pelbagai jenis makalah ilmu. Nantikan projek SKUL bersama perpustakaan Luit. Terima kasih Tok Penghulu, Tok 4 dan AJK Perpustakaan Pahang, Luit.

Kelas Gerak Lancar RQ (Riadul Quran) @ Celik Iqra'









 

Ahad, 19 November 2023

3 Ciri Pemimpin Yang Baik

 


Tiga ciri-ciri seorang Pemimpin yang baik adalah:


1. **Kemampuan Komunikasi yang Efektif**: Mampu menyampaikan idea, arahan, dan maklum balas dengan jelas dan menggalakkan komunikasi dua hala dengan staf.

2. **Kepemimpinan Inspiratif**: Memiliki visi yang jelas dan mampu menginspirasi serta memotivasi staf untuk mencapai matlamat bersama.

3. **Empati dan Penghargaan**: Memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi staf, serta menghargai usaha dan pencapaian mereka.


Dr Amat Taap Manshor 

Lead Like A CEO

"BUAT BIAR BETUL"

CnP

Rabu, 15 November 2023

Gambar-gambar lama berkaitan SK Ulu Luit.

Guru-guru pada tahun 1940


Kejohanan Bola sepak 1954 antara pasukan SK Ulu Luit dan SK Paloh Hinai. Dulu Luit berada dalam Pekan 

Cikgu-cikgu SKUL 1980




 

Leader : Jadilah pokok yang teguh

 POKOK YANG TEGUH


Jadilah pemimpin seperti pokok yang teguh; berakar umbi dalam prinsip dan nilai, tegap dalam integriti dan kejujuran, serta meluaskan pengaruh melalui keberanian dan empati. Bagai pokok yang menyediakan naungan, menjadi sumber inspirasi dan perlindungan untuk pasukan anda.


Tumbuhlah tinggi dengan visi dan cita- cita, tetapi kekal rendah diri dan berhubung rapat dengan asas anda - pasukan anda.

Seperti pokok yang menyesuaikan diri dengan musim, beradaptasilah dengan perubahan sambil memelihara kestabilan dan kekuatan.

Dan seperti pokok yang berbuah, kongsi kejayaan anda dengan orang lain, mendorong pertumbuhan dan kemakmuran bersama.

Dr Amat Taap Manshor 

Lead Like A CEO "BUAT BIAR BETUL"


CnP

Selasa, 14 November 2023

Pendaftaran Aplikasi Pandai.com sebagai satu program amalan baik PDPC SKUL

 Assalamualaikum,

Jadi Anak Baik lagi Cerdik menggunakan pandai.com   

Ibu bapa dan murid sekalian,

Pandai.com adalah satu aplikasi pembelajaran terkini dan banyak membantu kecemerlangan murid. Ia terbuka kepada semua murid yang berumur 7 - 17 tahun. Ada perisian percuma. 

Cuma download aplikasi di komputer atau telefon. Seterusnya login guna nombor telefon dan email. Boleh guna nombor telefon dan email ibu bapa. E-mail murid boleh dapatkan di sekolah.

Terdapat pelbagai subjek mengikut tahun belajar dan pelbagai topik kemahiran. BM, Matematik , BI, Sains, Sejarah, RBT, KAFA dan sebagainya. Keaktifan dan kecemerlangan anak-anak akan diberi 'Ranking' dan 'Rewards'. 

Termasuk murid menengah sampai SPM. Apa tunggu lagi, jom belajar online. 

https://my.pandai.org

Daftar /'Sinup' dahulu.

Jika bermasalah, boleh datang jumpa GB untuk khidmat bantu.

Semoga ia dapat memberi ruang untuk anak-anak belajar dengan lebih cemerlang di mana-mana sahaja. Yang free pun sudah memadai.



GB bersama CEO Pandai.com




Kandungan

Blogger : Antara hobi, IT, sejarah dan kerja buat GB.