Jumaat, 18 Jun 2021

Projek penyelenggaraan dan pembaikan sekolah

Syukur, pemulihan sekolah dapat dilaksanakan dengan penyelenggaraan bangunan dan atap bagi 5 bangunan itama sekolah. Terima kasih kepada PPD yang menerima cadangan kita untuk pembaikan sekolah. 

  Projek ini bermula 1 Jun 2021 namun dipertengahan terpaksa diberhentikan atas pematuhan SOP PKP. InshaAllah, ianya kan berjalan semula. Kita harapkan dapat selesaikan beberapa isu seperti kebocoran dan tahi kelawar di bangunan utama.








 

Sabtu, 12 Jun 2021

Pemberian Tablet Pintar untuk PDPR kepada murid SKUL

Sebanyak 50 tablet telah diberikan kepada para pelajar SKUL untuk tujuan PDPR secara pinjaman. Tablet yang baru disumbangkan oleh pihak NGO Mercy Malaysia amat tepat pada waktunya.

Diharapkan anak-anak SKUL dapat memanfaatkan tablet yang diberi. Penyerahan tablet ini disempurnakan oleh GB secara pandu lalu. Mereka juga diminta membuat akur janji bagi memanfaatkan sebaiknya telefon tablet tersebut.







 

Sabtu, 15 Mei 2021

Sumbangan 50 Tablet Pintar untuk PDPR Murid SKUL oleh Mercy Malaysia


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Mercy Malaysia telah bermurah hati menyalurkan sumbangan tablet pintar Samsung Tab A untuk digunakan oleh murid SKUL menghadapi PDPR. 

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Mercy Malaysia. Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan. Kepada anak SKUL, gunakan peluang dan kemudahan yang ada demi kebaikan masa depan pelajaran anak-anak.






 

Jumaat, 7 Mei 2021

Ziarah Cakna/Kasih ke rumah murid yang kematian bapa.


 ah seorang murid SKUL telah kehilangan bapa tersayang. Para guru dan seluruh warga sekolah mengucapkan salam takziah kepada keluarga Adik Syaza, Tahun 6 Amanah. 

Isnin, 15 Mac 2021

Pelbagai sumbangan banjir kepada SKUL

Alhamdulillah, sentiasa bantuan diterima daripada pelbagai badan dan sumber. PPD Maran, KPM, NGO-NGO dan syarikat swasta. Terima kasih yang tidak terhingga.











 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'