Ahad, 3 Oktober 2021

Penyerahan Sumbangan oleh NGO Haluan Pahang kepada SKUL.


Syukur dan terima kasih kepada salah satu NGO Angkat SKUL iaitu pihak NGO Haluan Pahang yang sudi menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada kami. Bermula daripada bantuan sukarelawan banjir Januari 2021 yang lalu, seterusnya bantuan kepada para pelajar miskin dan anak yatim. 

Haluan sentiasa bersama SKUL untuk membantu. Sumbangan buku juga telah disampaikan bersama kepada Perpustakaan Desa Kg Luit. Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan.







 

Jumaat, 1 Oktober 2021

Transformasi Pejabat Pentadbiran SKUL

Berlandaskan usaha transformasi pendidikan dalam mewujudkan persekitaran bermakna, pejabat pentadbiran juga dinaiktaraf agar memberi impak perkhidmatan yang ceria dan cemerlang. Oleh itu, usaha tambahbaik keceriaan dan mutu perkhidmatan diteruskan. 

Proses ini baru bermula. Selepas ini, kami akan transformasikan stor dan bilik fail yang berada di pejabat pentadbiran. Sistem fail juga akan ditambahbaik mengikut sistem fail JPN Pahang.





 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'