Jumaat, 15 April 2022
Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 SKUL 2022.
Isnin, 11 April 2022
Usaha sekolah menangani isu beg berat
sekolah telah mengambil langkah yang seiring dengan arahan kementerian bagi menangani isu beg berat.
Antara usaha yang GB laksanakan ialah:
1. Mematuhi garis panduan penjadualan waktu PDPC Tahap 1 dan 2 dengan menyusun semula jadual yang lebih anjal dan pengurangan subjek sehari.
2. Membuat pemantauan secara berkala timbangan beg dan berat murid. Beg mesti sekurang-kurangnya 15% daripada berat murid.
3. Usaha bersama PIBG untuk sediakan bakul, lokar , rak bagi meringankan beg murid untuk diisi buku yang perlu ke dalam bakul yang disediakan.
4. Penggunaan teks digital yang boleh dilayari melalui laman site sekolah. https://mylink.la/skul9002 .
5. Pemakluman kepada ibu bapa penjaga agar mematuhi jadual belajar dan membantu anak-anak memilih/susun buku yang hendak dibawa ke sekolah.
Semoga kita memudahkan urusan anak-anak untuk belajar.
Khamis, 7 April 2022
GB mendapat surat penghargaan atas kerjasama dengan Menara 188 Kuantan.
Alhamdulillah, mendapat penghargaan daripada pihak Menara 188 Kuantan. Satu penghormatan dan menjadi pemangkin motivasi dan semangat GB.
GB diberi penghormatan bertemu KDYMM Pemangku Sultan Pahang dan Duta New Zealand di Malaysia.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. Pada 25 Februari 2022 yang lepas, GB telah dijemput untuk bersama dalam satu majlis Diraja yang diadakan di Menara 188 Kuantan. Ini adalah satu penghargaan kepada GB yang mengusahakan pengkiasahan sejarah FELDA Kg new Zealand.
Berikutan itu, GB diminta memberikan taklimat berkaitan sejarah hubungan dua negara iaitu Malaysia dan New Zealand. Teruja apabila mendapat perhatian baik daripada KDYMM Tuanku dan Duta New Zealand berkenaan. Blog GB berkaitan Felda Kg New Zealand boleh diikuti di http://newzealandvillage.blogspot.com.
Terima kasih kepada pengurusan Menara 188 Kuantan yang mengundang. Ia satu penghargaan kepada usaha GB selama ini.
Rabu, 6 April 2022
Lawatan Pegawai Unit HEM, PPD Maran ke SK Ulu Luit
En Azli bin Hamid, Pegawai Unit HEM PPD Maran telah mengadakan lawatan ke SK Ulu Luit pada 6/4/2022. Lawatan ini adalah bersama Majlis Pentauliahan Pemimpin Cilik SKUL 2022. Beliau sempat merasmikan dan memberi motivasi kepada anak-anak SKUL. Selesai majlis, beliau juga telah melawat Asrama Desa SKUL.
En Azli juga sempat melawat Taman Ceria SKUL yang diusahakan oleh GB. Alhamdulillah, bolehlah tetamu atau pelawat bergambar.
Isnin, 4 April 2022
Portal Pengurusan Murid : Tambahan Folder Galeria untuk gambar-gambar kenangan di SKUL
UTK MURID DAN IBUBAPA@SKUL
Assalamualaikum dan salam 8 rakaat
Unit ICT SKUL telah siap memasukkan gambar peristiwa atau program pd hari ini dan sebelum nya.... jadi utk melihat gambar periStiwa yg sedia ada boleh layari di link di bawah :
http://mylink.la/murid-skul
UTK Program hr ini
pilih menu :
1. GaLeRiA@SKULDihati
2. pilih PEMIMPIN CILIK 2022
Sekian, dimaklumkan.
Rabu, 23 Mac 2022
Jumaat, 18 Mac 2022
Isnin, 14 Mac 2022
Khamis, 24 Februari 2022
Pondok TPP SKUL
Satu sudut di pondok menunggu berhadapan pintu masuk sekolah, telah digunakan dengan satu paparan maklumat berkaitan Transformasi Pendidikan Pahang (TPP). Terima kasih para pekerja yang membantu GB untuk menaik taraf pondok berkenaan. Semoga para guru, murid, ibu bapa dan pelawat dapat membaca dan memahami hala tuju TPP.
Selasa, 1 Februari 2022
GB dan Mesin Rumput
Apalah salahnya GB mesin rumput. Tidaklah hilangpun maruah seorang guru membantu sekolah. Bukan jatuhnya martabat seorang GB. Tujuan membantu pekerja dan guru membersihkan kawasan. Padang yang luas, memerlukan enam hari untuk mesinnya agar rumput yang panjang dapat menjadi pendek walaupun padang tidak digunakan akibat PKP. Apatah lagi, rumput yang panjang cukup merbahaya kepada semua. Beberapa kali GB sendiri terpotong ular yang melingkar di atas padang.
GB bantupun pada waktu bukan mengajar, biasanya di waktu petang atau dihujung minggu dan cuti sekolah. Pelbagai persepsi orang boleh beri, baik atau buruk. Namun pandangan GB, tiada salahnya kita sebagai pemimpin atasan turun membantu anak buah di bawah sekali sekala. Apatah lagi, bila ada semakan oleh JPN, PPD dan Nazir ke sekolah. Padang yang tidak digunakan tetap perlu dipotong. Tukang kebun seorang (lelaki) agak sukar untuk membuat semuanya. kita bantu apa yang patut, bukan meremeh atau menunjuk jari untuk menyalahkan.
Kata orang, sambil menyelam, sambil minum air. Apabila GB turun sama di padang, ia memberikan motivasi kepada para pekerja. Mereka juga dapat memberi pandangan dan menyelesaikan isu. Selain itu, mereka juga akan rasa segan dan bekerja dengan lebih kuat lagi apabila kita sebagai GB selalu pantau kerja anak buah. Orang kampung juga rasa gembira dan teruja apabila melihat GB sentiasa turun padang dan cakna kepada pendidikan dan sekolah anak-anak mereka. Alhamdulillah, GB dapat 'feed back' positif daripada ramai guru dan orang kampung.
GB dan mesin rumput, seperti sahabat yang tidak boleh berenggang. Sejak mula sebagai guru, itulah yang sentiasa bersama. Di mana GB mengajar, perkara yang sama GB akan laksanakan. Padang mesti berpotong dan diselia. Tambahan pula, itu sahaja cara GB mencari peluh lantaran PKP yang tidak boleh bersukan dan faktor usia. GB dan mesin rumput tetap setia membantu anda untuk lebih kemas dan ceria.
Isnin, 31 Januari 2022
Melukis Mural dan menceriakan laluan pejalan kaki murid. Taman Ceria SKUL diwujudkan.
Terima kasih kepada para pekerja kebersihan, pengawal keselamatan dan anak isteri GB yang sudi membantu GB menghasilkan mural untuk Taman ceria SKUL. Sikit-sikit, akhirnya ceria kawasannya. semoga memberi sedikit suntikan semangat buat semua.
Rabu, 12 Januari 2022
SKUL menggunakan Sistem Datang.my untuk mengisi kehadiran murid di pintu pagar.
Sistem Datang.my telah digunakan sejak September 2020 di SKUL. Ia merupakan sisitem yang percuma yang dihasilkan oleh pelajar universiti tempatan. Unit ICT SKUL telah menggunakannya bagi memudahkan mengesan kehadiran dan suhu murid yang mematuhi SOP Covid19. Ianya teknologi pintar yang sesuai. Unit ICT juga telah menggabungkan sistem ini dengan data yang mudah dan boleh disemak secara terus. Sila berhubung dengan Cikgu Jai untuk mengetahui maklumat lanjut.
Isnin, 3 Januari 2022
Selasa, 16 November 2021
Langgan:
Catatan (Atom)


















































