Isnin, 17 Julai 2023

Musim Sukan dan Permainan. Perjuangan dan sokongan










Alhamdulillah, hasil sokongan ibu bapa, guru dan komuniti, merealisasikan impian anak SKUL. Wakil sekolah diberikan baju dan wakil zon, daerah atau negeri akan diberi kasut. Itu antara kolaborasi bersama. Anak2 SKUL terus membuktikan kehebatan. Hari ini 17/7/2023 team bola baling lelaki yang didominasi anak SKUL berjaya Naib Johan peringkat daerah Maran 2023.  Esok team perempuan bola baling pula akan menunjukkan kehebatannya.

2 minggu ini banyak kejayaan telah tercapai di peringkat zon dan daerah dalam catur (5 orang layak ke peringkat daerah), bola sepak (Naib Johan Zon), bola baling Zon (Johan L & no.4 P),  merentas desa Daerah (Johan kategori PKKI), memanah Daerah (no.3) dan bola tampar zon (Naib Johan L & ke-3 P),  Inilah antara #KRA3 Kemenjadian Murid. Terima kasih kepada GPK dan jurulatih, support team, ibu bapa dan komuniti. Inilah SK Ulu Luit Maran .

Ada beberapa sukan lagi menunggu.. bola jaring dan olahraga. Alhamdulillah KPI ada yang telah dicapai. Ada anak2 ini berkata "Kehadiran GB amat bermakna kepada kami". Rupanya semangat GB mencetus motivasi mereka. Teruskan anakku...


 

Relief dan pengisian: Fenomena di musim sukan

 






Dalam memberi ruang dan peluang anak2 SKUL membuktikan bakat dan keupayaan mereka dalam sukan dan permainan di peringkat Zon dan daerah, sudah tentu ramai murid terlibat. Guru pula ramai keluar. Maka tentunya menjadi cabaran pula di sekolah untuk mengisi lompang yang ada. Guru ganti, program dan projek dirancang dan diatur. Latihan sukan, pemerkasaan pembacaan murid tetap berjalan.  Tak menang tangan cikgu2. Memang salute kepada mereka yang sanggup ambil alih tugas di sekolah.
Sambil relief kelas2, sambil menyelia, ada masa ajak juga anak2 ini berbual di bilik GB. Staf, cikgu, pekerja dan murid selalu GB ajak bertemu di bilik GB. Banyak yang boleh dibincangkan, mendengar keluhan, menyusun strategi, menyelesaikan isu dan sebagainya. Inilah SK Ulu Luit.


Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'