Khamis, 30 November 2023

Perkhemahan Bersepadu SKUL 2023




Program 2 hari semalam merupakan program tahunan yang sentiasa mengujakan. Pelbagai aktiviti dijalankan dengan pemantauan guru dan kerjasama AKP, Komuniti dan PIBG.

 






KEPEDULIAN DALAM MEMIMPIN

 KEPEDULIAN


Sebagai pemimpin, letaklah hati kita di hati-hati staf kita, nescaya mereka juga akan meletakkan hati kita di hati mereka. Dengan memahami dan menghargai keperluan serta aspirasi mereka, kita membina hubungan kepercayaan dan hormat yang mendalam.

Ini membentuk asas kepemimpinan yang berpusat pada kepedulian dan saling menghormati, yang akhirnya membawa kepada sinergi dan prestasi yang lebih tinggi dalam pasukan.

Dr Amat Taap Manshor Lead Like A CEO "BUAT BIAR BETUL"


CnP

Ahad, 26 November 2023

Lawatan Timbalan PPD Maran ke SKUL bagi tinjauan persediaan musim banjir



Kunjungan Én Bakri dan Én. Azli ke SKUL bagi meninjau persiapan banjir dan melihat kesiap siagaan SKUL. Terima kasih atas kehadiran tuan Timbalan PPD. Mereka sempat meninjau kelas PDP. 

 

Sabtu, 25 November 2023

Anugerah NILAM SKUL 2023










Penyampaian Sijil kepada pembaca terbanyak dan yang mendapat anugerah Nilam Berbintang 1 hingga 5.
 

Khamis, 23 November 2023

Mesyuarat JK Penasihat Perpustakaan Pahang Luit Bil.1/2023


Mesyuarat JK Penasihat Perpustakaan Luit merupakan mesyuarat komuniti bagi menggerakkan peranan Perpustakaan kepada komuniti setempat. Apabila perpustakaan berfungsi memberi perkhidmatan pinjaman buku, ia semestinya dapat menggerakkan percambahan ilmu dalam kalangan masyarakat. Sudah pastinya masyarakat berilmu, masyarakat membaca. 

Banyak faedah dan kebaikan jika ia dapat digunakan oleh komuniti terutama anak-anak SK Ulu Luit itu sendiri. Dengan kolaborasi ini, saya percaya murid-murid SKUL akan mengambil peluang membaca pelbagai jenis makalah ilmu. Nantikan projek SKUL bersama perpustakaan Luit. Terima kasih Tok Penghulu, Tok 4 dan AJK Perpustakaan Pahang, Luit.

Kelas Gerak Lancar RQ (Riadul Quran) @ Celik Iqra'









 

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'