Rabu, 4 Ogos 2021

Penyerahan Bakul Makanan oleh YB ADUN Luit kepada anak-anak SKUL

penyerahan Bakul Makanan sumbangan Menteri Besar Pahang telah disempurnakan oleh YB ADUN Luit, YB Sopian bin Abdul Jalil secara pandu lalu dan simbolik di SK Ulu Luit. Bantuan bakul makanan ini bertepatan dengan usaha sekolah bagi membantu pelajar dan keluarga B40 yang terkesan di Luit di samping terus memberi semangat kepada mereka. 

50 bakul makanan telah berjaya disampaikan kepada mereka yang terkesan. Usaha ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan sekolah dan komuniti. 



Simbolik penyerahan bakul makanan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh YB Sopian bin Abdul Jalil, ADUN Luit kepada Guru Besar SK Ulu Luit.


 

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara