Khamis, 27 Oktober 2022

Data dan profil. Peranan PGB

 Perkongsian pengalaman SIP+ utk makluman dan kompetensi seorg PGB dan SLT sekolah :

1. Buat analisis SWOT dgn sebenar bukan hanya sekadar ada buat SWOT 

2. Data2 yg tepat dan betul adalah asas utk selesaikan isu sebenar di sekolah kita

3. Timba pengalaman, jgn ego, jgn malu utk dptkan kemahiran dari guru2 yg kompeten 

4. PGB kena byk berfikir & merancang serta melaksanakan program yg berimpak mesti berasaskan big data di sekolah, pastikan ada pemantauan yg berfokus

5. Kenalpasti isu, kenalpasti punca sebenar  drp SWOT analisis / tulang ishikawa. PGB mesti berkemahiran dlm item ini sungguh2

6. Sekiranya melibatkan apa2 penilaian / pertandingan, fokus kpd pemarkahan dlm instrumen dan kena tahu butiran sebenar dlm instrumen, so kita ambil langkah intervensi dan penyediaan eviden berasaskan instrumen tersebut. Fokus betul2

7. Utk melaksanakan langkah intervensi di sekolah, kenalpasti situasi sebenar sekarang di sekolah (TOV) 

8. Tetapkan sasaran atau jangkaan yg kita nak capai (ETR) mesti mengambil kira TOV atau situasi sebenar sekarang sebelum tetapkan ETR / target / sasaran

9. Gunakan proses PDCA ( Plan Do Check Action) utk intervensi berfokus bagi selesai isu yg dikenalpasti bagi mencapai sasaran ygr

 berkualiti 

10. Strategi / intervensi yg diambil utk dilaksanakan mesti berfokus kpd isu sebenar yg telah dikenalpasti agar isu itu dpt diselesaikan

11. Jgn lupa ambil gambar sebelum ( TOV ) dan gambar selepas (ETR) jadi kita dpt tengok kesan perubahan yg kita telah laksanakan 

12. Semasa kita bentangkan Cabaran & Jalan Penyelesaian :

Nyatkan Cabaran 1 dan Jalan Penyelesaian 1

Jgn sebut Cabaran 1, cabaran kedua, cabaran ketiga, baru sebut intervensi 1, intervensi 2 dan seterusnya..minda juri akan tidak fokus utk langkah kita nak selesai isu cabaran pertama itu..

13. Impak / pencapaian / kejayaan boleh dibuktikan dgn :

a. intervensi yg tepat berkaitan isu sebenar

b. gambar2 eviden yg sebenar

c..sijil2 pencapaian

d. surat2 penghargaan

e. pengiktirafan dari mana2 agensi

14. Sekarang ini kita mesti ada satu pangkalan data yg cepat utk kita mengetahui kemenjadian murid dan sekolah berkualiti di sekolah. fikirkan satu kaedah macamana sesuatu data ini dpt dipersembahkan pada bila2 masa diperlukan.." Maklumat di hujung jari "

15. PGB digalakkan menyediakan satu slide pembentangan yg terkini dan diupdatekan segala maklumat pengurusan SKKSM di mana satu template yg selaras bagi sekolah disediakan bagi kemudahan cikgu2 menyediakan eviden selepas sesuatu aktiviti / program dijalankan. Jadi PGB mendapat segera maklumat yg telah diadakan di sekolah.

16. Program Jalinan dan Jaringan dianggap program yg penting dan berkualiti bagi sekolah..pihak sekolah digalakkan membuat perkongsian amalan terbaik utk dikongsi dgn sekolah lain dan pihak sekolah juga digalakkan mendapat input perkongsian drp sekolah lain yg hebat

17. Ingat dalam template selaras yg disediakan oleh cikgu digalakkan mencatat impak drp program atau aktiviti yg dijalankan

18. Setiap program yg berimpak tinggi yg diadakan di sekolah hendaklah dijadikan satu pembudayaan atau lestari bagi ikutan kpd unit2 yg lain ke arah sekolah berkualiti

Sekian catatan pengalaman 

SIP+

Tiada ulasan: