Selasa, 17 Oktober 2023

Kolokium PRIme 2023


 

Kolokium PRIme 2023

Tarikh: 17 Oktober 2023 

Masa: 2.30pm 

Tempat: Hotel Sri Manja, Kuantan

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Shafruddin 'Cikgu Din' 

1. Datuk KPPM telah memberi inspirasi kepimpinan yang hebat dari aspek usaha dan kesungguhan dalam memartabatkan pendidikan di negara ini. 

2. Jangan beritahu kekurangan dan menunjukkan kelemahan kita kepada orang lain. 

3. Tugas Pengetua adalah tanggungjawab bukan beban. Hala tuju, visi dan misi mesti jelas mengikut lokaliti. 

4. Lihat kekuatan sedia ada institusi. 

5. 3 kategori Pengetua. Maintenance, Mechanic, Innovator( peluang kepada perubahan) 

6. Memajukan sekolah dalam acuan sendiri berdasar matlamat yang ditetapkan. 

7. Bina team bersepadu, jangan guna perkataan 'menyinggung' dan bersifat autokratik

8. Tunjukkan ilmu, sikap dan kemahiran tertentu dalam membuat keputusan yang jelas. 

9. Bezakan tidak 'firm' dengan 'fleksible' dalam tindakan- bersifat terbuka jika situasi memerlukan. 

10. Jangan lupakan jasa dan pelan pengetua terdahulu dalam membuat transformasi.

11. Apakah aspek transformasi? Disokong dengan data dan kekuatan yang ada. 

12. Transformasi yang berfokus dengan kerangka dan 'contoh' yang sesuai tanpa mengabaikan aspek akademik. 

13. Kelemahan tranformasi adalah ada Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikan. 

14. Kekuatan perlu diguna untuk memberi impak kepada murid iaitu client utama kita. 

15. Kejayaan perubahan bukan diukur ke atas diri Pengetua tetapi sumbangan dan impak kepada kemenjadian murid (Karamah Insaniah)- Bukan Result semata-mata tetapi Proses. 

16. Kemenjadian murid mempamerkan 'watak sekolah' atau ethos 

17. Setiap sekolah perlu ada watak dan ethos tertentu. 

18. Murid juga perlu disediakan untuk pasaran kerja masa hadapan dan tuntutan zaman. (Cashless, e-book) 

19. Pemikiran JUARA dalam menggunakan sumber yang ada dalam membina kecemerlangan. 

20. Bergerak untuk membina Jalinan dan Jaringan pelbagai agensi termasuk PIBG

21. Bekerja dalam sistem sedia ada tanpa melangkaui saluran yang telah mantap. 


Sekian.

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara