Selasa, 2 Julai 2024

Peluncuran Manual Pengurusan Sekolah Kualiti SK Ulu Luit.


 Alhamdulillah, setelah bertahun cuba direalisasikan di sini, baru kali ini ia berjaya dilaksanakan. Peluncuran Manual atau Garis Panduan ini diadakan pada 2 Julai 2024. Manual Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti SK Ulu Luit ini adalah satu dokumen yang terkandung prosedur dan proses pengurusan dibuat. Ianya adalah bertujuan untuk membantu guru memperkemaskan pengurusan mereka 

SPSK SKUL ini bukan bertujuan menambah kerja tetapi membantu guru untuk urus dokumen mereka dan ia sebenarnya sebagai pengukuh kepada TS25 dan SKPM Kualiti Sekolah. Ianya masih belum sempurna namun boleh menjadi rujukan dan panduan kepada kerja buat para guru. 

Antara pengisian prosedurnya ialah:

1. Pengurusan Panitia

2. Pengurusan jadual waktu

3. Pengurusan PDP

4. Pengurusan Pencerapan

5. Pengurusan Ujian/Pep. UASA

6. Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

7. Pengurusan Mesyuarat 

8. Pengurusan Asrama

9. Pengurusan Pusat Sumber

10. Pengurusan Perolehan.

Ianya akan ditambahbaik dari masa ke semasa sebagai sokongan kepada TS25 dan SKPM Kualiti. Antaranya berkaitan asrama dan pengurusan TS25. 

Akan ada perbengkelan bagi menggerakkan MPSK ini. Semoga ia membantu para guru untuk lebih berkesan dan berkualiti.

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara