Mengapa GB katakan demikian? Mereka bukan orang suruhan atau kuli batak kita. Rezeki mereka berkerja di samping kita.
Bukan perlu diarah, diherdik dan dimarah. Mereka ada skop kerja mereka. Kita sebagai pentadbir, pandu dan beri garis panduan kepada mereka. Beri masa, tempoh dan kerjasama. Jangan mudah melenting dan maki hamun mereka. Mereka juga manusia yang mencari rezeki untuk keluarga. Jadi GB jangan ego, sombong dan berlagak besar. Perlu ada masa beri motivasi. Ini kerana merekalah yang menjaga kita, membantu kita. 6 hari seminggu mereka bekerja, dari jam 7.00 pagi sampai 4.00 petang. Hargailah mereka dan pimpin mereka dengan hikmah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan