SKBT..
Pengalaman di sini suatu yang banyak membahagiakan. Ya, setahun lebih di sini, tak banyak dapat ku lakukan namun ada sesuatu rasa yang tak dapat aku hilangkan perasaannya. Rasa terharu dan terasa dihormati. Aku tak seperti GB lain yang minat mencari dana, naik sana, naik sini. Aku tak mampu dan kurang ruang nak buat macam tu. Aku jaga bahagian pengurusan, duduk sekali dengan cikgu dan pekerja jika ada program. Dengan pekerja memang rapat seperti adik beradik. Mereka layan aku dan menghormati.
Terharu bila komuniti termasuklah Tok4, Pengurus Felda, JK JPKK, JK Masjid dan orang perseorangan yang begitu menerima dan menyantuni. Ada alumni yang sanggup membantu sekolah tanpa perlu banyak aku meminta. PIBG, ibu bapa cukup bersama dan menyantuni.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan