Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi membantu anak-anak pelajar SKUL untuk terus belajar, kami melancarkan program SKUL@pandai di mana anak-anak menggunakan pembelajaran digital PANDAI yang boleh diakses melalui telefon pintar atau komputer. Ibu bapa boleh muat turun dari aplikasi Google/play store.
Ada beberapa pakej disediakan:
1. Pelajar (free)
2. Pelajar Premium (RM30/96 sebulan) -jika hendak lebih secara tuisyen.
3. Ibu bapa (free)
4. Guru (free)
Semua pakej ini amat sesuai untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Terdapat banyak perisian, latih tubi, ujian yang disediakan bersama pelbagai subjek dan topik. Ianya mengikut sukatan dan latihan topik ke topik.Ibu bapa boleh pantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Anak sekolah menengah juga boleh menggunakan dan pastinya memudahkan
Pihak Pandai Apps merupakan rakan strategik PGB Pahang menyarankan kerjasama semua bagi membantu pembelajaran anak-anak bila-bila masa dan di mana sahaja. Terutama masa cuti sekarang.
Ibu bapa boleh terus ke halaman Pandai Apps dan daftar.
Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat belajar.
#SKUL@pandai
#SKUL@digital
*Guru Besar SK Ulu Luit*
*# sebarang pertanyaan boleh hubungi GB. Terima kasih.
![]() |
| Bersama CEO Pandai Apps. En Khairol. |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan