Khamis, 5 Ogos 2021
Rabu, 4 Ogos 2021
Penyerahan Bakul Makanan oleh YB ADUN Luit kepada anak-anak SKUL
50 bakul makanan telah berjaya disampaikan kepada mereka yang terkesan. Usaha ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan sekolah dan komuniti.
![]() |
| Simbolik penyerahan bakul makanan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh YB Sopian bin Abdul Jalil, ADUN Luit kepada Guru Besar SK Ulu Luit. |
Isnin, 2 Ogos 2021
Penyerahan Tablet Pintar kepada murid yang memerlukan bagi PDPR.
Syukur, penyerahan tablet pintar kepada murid dapat dilaksanakan. Penyerahan Tablet juga dapat disempurnakan oleh YB Sufian ADUN Luit yang kebetulan singgah berkunjung. Terima kasih YB. Terima kasih juga kepada Mercy Malaysia yang banyak membantu merealisasi impian kita.
Kepada semua murid yang dapat tablet berkenaan, diharapkan dapat menggunakannya dengan baik. Semoga PDPR dapat diikuti murid dengan jayanya.
Rakan Strategik 20, Membangun Transformasi Sekolah.
Satu usaha bersepadu menggabungkan 20 buah sekolah dari 6 buah negeri bagi berkongsi matlamat dan cita. SK Ulu Luit antara sekolah yang terlibat. Usaha ini sedang dan akan dimurnikan dengan kerjasama dan perkongsian amalan terbaik semua sekolah yang terlibat.
Jumaat, 30 Julai 2021
Khamis, 29 Julai 2021
Anugerah amalan Terbaik murid dan Guru Jun 2021
Penyampaian sijil kehadiran kelas terbaik bulan Jun Pdpr Fasa 3.0 dan Sijil amalan terbaik bulan Jun beserta hadiah.
Tahap 2.
1. Kelas 5 Arif
2. Kelas 6 Arif
3. Kelas 4 Arif
Tahap 1.
1.Kelas 2 Arif.
2.Kelas 2 Amanah.
3.Kelas 1 Amanah.
Tahniah dan syabas bagi kelas2 yang berjaya.
👏👏👏.💐
*Sijil amalan terbaik bulan Jun adalah seperti berikut*:
Kelas 1 Arif.
1. Muhammad Akmal Aqil .
2. Muhammad Firas Sidqi
3. Wan Ahmad AlHafiz
4. Muhammad Hafidh Aryan
5.Qairina Izzara
6. Muhammad Putra Uqasyah.
7. Hannah Sufi.
8. Nur Aisyah Hanaa.
2 Arif.
1.Aina Aqilah
3 Arif.
1.Muhammad Adeeb
2.Nur Kamilya
3.Wan Muhammad Al Fateh.
4 Arif.
1. Nur Qistina Batrisya
2. Nur Aina Nasuha
4 Amanah.
1.Moohgana.
5 Arif
1.Andre
2.Nur Jasmine
6 Arif.
1.Muhammad Danish Aiman.
2. Wan Nadiya Ihsan
Daripada: Unit HEM
dan bimbingan Kaunseling SKUL.
Selasa, 27 Julai 2021
Ahad, 25 Julai 2021
Jom belajar ICT bersama Cikgu Jai
Tahniah kepada cikgu SK Ulu Luit, En Mohd Shahrul Rizal atau Cikgu Jai kerana telah hasilkan pelantar ICT yang boleh semua pelajari. Jom kita belajar penggunaan Delima ID, Googleclassroom, googlemeet, padlet, dan pelbagai lagi..
Sabtu, 24 Julai 2021
Pendigitalan PDPC dan PDPR SK Ulu Luit
SK Ulu Luit sedang berusaha meningkatkan kualiti prngajaran dan pembelajaran sama ada melalui PDPR ataupun PDPC. Untuk itu, beberapa link pembelajaran digunakan. Selain itu, penggunaan tools digital seperti Smart Tv dan Tablet pintar banyak membantu ke arah pembudayaan ini.
Apa yang menarik di Luit?
Ramai yang bertanya, apakah maksud 'luit'?. Ada yang memaklumkan bahawa 'luit' berasal dari perkataan Duit yang dilisankan okeh orang Cina menjadi Luit Sungai Duit menjadi Sungai Luit. Duit yang fimaksudkan ialah betapa berharganya tanah di sini dengan sumber pertanian dan mineral. Sungai Luit terkenal dengan emas dan bijih besi.
Terdapat 2 lombong mineral yang berada di Ulu Luit yang melombong emas dan bijih besi. Bumi Luit memang kaya hasil galian.
Selain itu, Luit terkenal dengan sawah padinya. Boleh dilihat di pesisir jalan raya persekutuan berhampiran Pusat Penguatkuasa JPJ. Cantik apabila padi menguning
Selain itu juga, Kg. Luit terkenal sejak dulu dengan buah mata kucing atau longan. Sepanjang jalan boleh dilihat pokoknya. Spatah lagi jila musin pokok mata kucing berbuah lebat, cantik permandangannya.
Jom ke Luit.
Jumaat, 23 Julai 2021
SPdPR, sistem pelaporan baru untuk pelaporan PDPR.
Sistem Pelaporan dan Pembelajaran (SPdPR) merupakan satu sistem pelaporan guru setelah Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) dilaksanakan. Bermula 26 Julai 2021 semua sekolah di Pahang mula menggunakan sistem ini menggantikan pelaporan secara data studio sebelum ini.
Diharapkan, dengan menggunakan sistem ini yang selaras satu Malaysia, memudahkan kerja buat para guru.















































