Isnin, 13 September 2021

Proses Kerja Pengurusan Fail Rasmi Pejabat.



Proses kerja pengurusan fail perlu mengikut ketetapan Arkib Negara dan tatacara pengurusannya yang teratur. Ini bertujuan untuk memastikan proses kerja yang betul dan dapat dilaksanakan secara tersusun.

 


Bilik Fail juga perlu diurus dengan baik dan bersistem.

Jangan ambil mudah tentang fail atau dokumen rasmi.

Sabtu, 11 September 2021

Pengurusan Fail Sekolah. SKUL berusaha penambahbaikan.

SK Ulu Luit bukan sahaja membawa transformasi kepada prngurusan sekolah dan PDP sahaja, malah pengurusan pejabat juga sedang dinaik tarafkan. Pejabat sekolah ditambah baik dengan membuat perubahan iklim dan sistem penyampaiannya serta menggunakan pendekatan EKSA (ekosistem sektor awam) atau 5S.  Selain urusan kaunter, sistem kaunter dan dekorasi sebuah pejabat yang selesa, satu perkara penting dalam penyampaian perkhidmatan ialah pengurusan Fail dan stor.

SK Ulu Luit telah menggerakkan usaha pembaikan kepada pengurusan pejabat bermula September 2021. Pengurusan fail akan diubah daripada sistem lama kepada sistem baru selaras kehendak JPN Pahang. InshaAllah, kita kongsikan proses perlaksanaannya.



 

Transformasi Pendidikan Pahang (4)







 

Transformasi Pendidikan Pahang (3)







 

Transformasi Pendidikan Pahang (2)






 

Transformasi Pendidikam Pahang (1)






 

Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) (2021 – 2030)


Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) (2021 – 2030)
 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan dokumen strategik hala tuju pendidikan yang holistik. PPPM 2013-2025 berhasrat mengoptimumkan kemenjadian murid melalui peningkatan kualiti sistem pendidikan. Dalam merealisasikan Gelombang 3 PPPM (2021-2025), semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar (PGB) perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. 

 Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.

 Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) komited untuk meningkatkan prestasi pendidikan negeri secara menyeluruh dengan menghasilkan Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) sebagai satu wadah penambahbaikan yang mengambil kira pelbagai cabaran semasa. 

TPP ini bersifat meaningful (bermakna), measureable (boleh ukur) dan malleable (mudah olah) kepada semua peringkat yang terlibat iaitu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) dan JPNP. 

 TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke Hadapan. 

 Matlamat TPP berfokus kepada kemenjadian murid: 
 ● Pencapaian minimum murid Pahang (sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah, Melepasi Tahap Minimum dalam UPSR, Layak Mendapat Sijil dalam SPM, Lulus Penuh Semua Mata Pelajaran dalam STPM dan ‘Maqbul’ (Lulus) dalam STAM); 
 ● Kemenjadian murid Pahang yang holistik; 
 ● Kesediaan mendepani IR4.0 dan IR5.0 (murid Pahang berkemahiran serta pemikir yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi); dan 
 ● Kesediaan bekerja dan berdaya saing (mempunyai bina upaya insan dan kebolehpasaran). TPP memberikan gambaran jelas tentang: 
 ● TPP: Aspirasi Sistem; 
 ● TPP: Aspirasi Murid; 
 ● Model Murid Pahang; 
 ● Model Guru Pahang; 
 ● Model Pemimpin Sekolah Pahang; dan 
 ● Model Sekolah Pahang. 
 ● Murid 
 ● Guru 
 ● MLT 
 ● SLT 
 ● Bilik Darjah 
 ● Sekolah 
 ● Kolej/Pusat Tingkatan 6 
 ● PPD 
 ● JPN 
 ● Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta.           

Fokus utama TPP merangkumi 10 Transformasi: 

 Pendekatan nilai dalam tindakan diberikan penekanan dengan memperkenalkan slogan “cekap, cepat dan cermat” bagi meningkatkan profesionalisme, integriti dan kualiti kerja. Keberkesanan transformasi yang diharapkan melalui formula: Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang TPP akan melalui 3 fasa tempoh pelaksanaan: 
 ● Fasa I: Fasa Permulaan; 
 ● Fasa II: Fasa Pemantapan; dan 
 ● Fasa III: Fasa Penerusan. 

 Usaha untuk merealisasikan TPP ini akan menghadapi cabaran yang menuntut warga pendidikan negeri Pahang agar memantapkan ilmu dan kemahiran, kesiapsiagaan, kesefahaman, kepantasan bertindak dan kebijaksanaan membuat keputusan.

 Diharapkan TPP ini akan menjadi panduan bagi membentuk kefahaman yang menyeluruh kepada semua warga pendidikan negeri Pahang. Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah dituntut bagi memastikan agenda memartabatkan pendidikan negeri Pahang menjadi realit

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'