Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) (2021 – 2030)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan dokumen strategik
hala tuju pendidikan yang holistik. PPPM 2013-2025 berhasrat mengoptimumkan kemenjadian
murid melalui peningkatan kualiti sistem pendidikan.
Dalam merealisasikan Gelombang 3 PPPM (2021-2025), semua sekolah, guru dan
pengetua/guru besar (PGB) perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan
keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan
kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada
model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan
inovasi dalam pengajaran.
Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan
kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang
lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) komited untuk
meningkatkan prestasi pendidikan negeri secara menyeluruh dengan menghasilkan Transformasi
Pendidikan Pahang (TPP) sebagai satu wadah penambahbaikan yang mengambil kira pelbagai
cabaran semasa.
TPP ini bersifat meaningful (bermakna), measureable (boleh ukur) dan malleable
(mudah olah) kepada semua peringkat yang terlibat iaitu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) dan JPNP.
TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan
keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid
dalam PPPM 2013-2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja
pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih
Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak
Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke Hadapan.
Matlamat TPP berfokus kepada kemenjadian murid:
● Pencapaian minimum murid Pahang (sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam
Pentaksiran Bilik Darjah, Melepasi Tahap Minimum dalam UPSR, Layak Mendapat Sijil dalam
SPM, Lulus Penuh Semua Mata Pelajaran dalam STPM dan ‘Maqbul’ (Lulus) dalam STAM);
● Kemenjadian murid Pahang yang holistik;
● Kesediaan mendepani IR4.0 dan IR5.0 (murid Pahang berkemahiran serta pemikir yang
mempunyai nilai sahsiah yang tinggi); dan
● Kesediaan bekerja dan berdaya saing (mempunyai bina upaya insan dan kebolehpasaran). TPP memberikan gambaran jelas tentang:
● TPP: Aspirasi Sistem;
● TPP: Aspirasi Murid;
● Model Murid Pahang;
● Model Guru Pahang;
● Model Pemimpin Sekolah Pahang; dan
● Model Sekolah Pahang.
● Murid
● Guru
● MLT
● SLT
● Bilik Darjah
● Sekolah
● Kolej/Pusat Tingkatan 6
● PPD
● JPN
● Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta.
Fokus utama TPP merangkumi 10 Transformasi:
Pendekatan nilai dalam tindakan diberikan penekanan dengan memperkenalkan slogan “cekap, cepat dan cermat” bagi meningkatkan profesionalisme, integriti dan kualiti kerja. Keberkesanan transformasi yang diharapkan melalui formula:
Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang TPP akan melalui 3 fasa tempoh pelaksanaan:
● Fasa I: Fasa Permulaan;
● Fasa II: Fasa Pemantapan; dan
● Fasa III: Fasa Penerusan.
Usaha untuk merealisasikan TPP ini akan menghadapi cabaran yang menuntut warga pendidikan negeri Pahang agar memantapkan ilmu dan kemahiran, kesiapsiagaan, kesefahaman, kepantasan bertindak dan kebijaksanaan membuat keputusan.
Diharapkan TPP ini akan menjadi panduan bagi membentuk kefahaman yang menyeluruh kepada semua warga pendidikan negeri Pahang. Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah dituntut bagi memastikan agenda memartabatkan pendidikan negeri Pahang menjadi realit

Tiada ulasan:
Catat Ulasan