Isnin, 13 Mei 2024
Penyampaian Sijil dan anugerah bagi peserta terlibat Survival Camp Pandu Puteri Pahang 2024
SKUL Johan Liga Grassroot Chenor.
Tahniah team Ulu Luit Kids atas kejayaan Champion Liga Grassroot Chenor dan terima kasih kpd Dato Jisshaelyz Hamzah atas sumbangan yg diberi kpd team.
Tetap semangat dan teruskan usaha 🦾🦾🦾
Ahad, 12 Mei 2024
Taklimat dan Temuduga TVET di SkUL
Ini juga impak kepada 'Merakyatkan Sekolah'' SK Ulu Luit Maran . Untuk kali ke 2, pihak Kementerian Pengajian Tinggi menggunakan sekolah sebagai tempat taklimat dan temuduga kelayakan TVET. Ruang baik untuk anak-anak yang berhasrat sambung pengajian berkemahiran tinggi sama ada lepasan SPM, tahfiz atau dari umur 16 tahun. Sebagaimana hasrat kerajaan untuk memperkasakan TVET, sewajarnya ia disahut bersama. Semoga ada rezeki buat anak2 yang hadir temuduga.
#MerakyatkanSekolah
Sabtu, 11 Mei 2024
Gotong royong Madani SKUL. Terima kasih NGO Finco.
Dalam kesibukan, SKUL berjaya merealisasikan "Merakyatkan Sekolah' di mana hubungan komuniti, PIBG dan sektor swasta kerajaan bergabung membantu sekolah. Gotong royong mengecat sekolah agar kembali ceria selepas bangkit dari banjir yang melanda sekolah saban tahun. FINCO juga turut sama membantu dalam membaiki beberapa kawasan sekolah dan penggantian peralatan terlibat banjir. Kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang
Paling gembira, apabila melihat cikgu, staf dan ibu bapa turut sama turun membantu. Semangat semuanya. Terima kasih banyak- banyak yang dapat hadir membantu. Semoga SKuL terus ceria dan impaknya memberi kesan cemerlang kepada anak pelajar.
Jumaat, 10 Mei 2024
Panduan Cara Buat Minit Mesyuarat
Panduan
Cara Buat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap
Panduan Cara Buat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap | Minit Mesyuarat atau Minutes of Meeting (MoM) adalah penting dalam sesebuah mesyuarat kerana ianya akan menjadi panduan pekerja dan orang yang hadir atau tidak untuk mengetahui hasil keputusan sesuatu mesyuarat. Berikut disertakan cara membuat minit mesyuarat yang berkualiti, lengkap dan mudah.
FORMAT MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat hendaklah mengandungi
perkara-perkara berikut:
1. TAJUK MINIT MESYUARAT (Catatkan nama mesyuarat)
2. BIL / TAHUN
3. TARIKH
4. MASA
5. TEMPAT
6. KEHADIRAN
6.1. Hadir Senaraikan nama ahli-ahli yang
hadir mesyuarat bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli
mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut ranking jawatan.
6.2. Hadir Bersama Senaraikan nama pegawai yang bukan ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
6.3. Tidak Hadir Bersebab Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir dengan sebab.
6.4.Tidak Hadir Tanpa Sebab
Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak
hadir tanpa sebab.
6.5.Urus Setia Senaraikan nama urus setia mesyuarat.
7. CATATAN MESYUARAT
7.1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
7.1.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau arahan-arahan kerja yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat.
7.1.2. Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau untuk tindakan agensi atau pegawai yang berkenaan. Contoh: Tindakan: Untuk Makluman atau Tindakan: KSPA, KSPS
7.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan berkenaan.
7.3. Perkara-Perkara Berbangkit
7.3.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.
7.3.2. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
7.3.3. Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.
7.4. Perbincangan Kertas Kerja / Laporan Bulanan
7.4.1. Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan ini hendaklah merekodkan perkara berikut:
a. Tajuk kertas kerja b. Agensi / Sektor /
Unit yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
c. Tujuan utama kertas kerja berkenaan
disediakan.
d. Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam
kertas kerja berkenaan.
e. Pandangan / komen ahli-ahli mesyuarat
berkenaan isu-isu yang dibangkitkan. f. Keputusan mesyuarat mengenai
isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.
7.4.2 Sekiranya ada laporan yang yang telah dibentangkan, maka ruangan ini hendaklah merekodkan tajuk dan isi kandungan utama laporan tersebut mengikut apa yang telah dibentangkan oleh ahli-ahli mesyuarat.
7.5. Hal-Hal Lain Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.
7.6. Penutup
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara
seperti:
7.6.1 Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi mesyuarat.
7.6.2 Tarikh mesyuarat berikutnya
7.6.3 Catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.
8. URUSETIA
Catatkan nama bahagian / unit yang
bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.
9. TARIKH
Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.



















































