Sabtu, 11 Mei 2024

Gotong royong Madani SKUL. Terima kasih NGO Finco.















Alhamdulillah, kerja hebat guru dan PIBG SK Ulu Luit Maran . Gotong royong yang turut disertai oleh bukan sahaja ibu bapa, tetapi turut sama NGO FINCO dan jabatan Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) Cawangan Maran. FINCO terdiri daripada gabungan institusi MISC, OCBC dan agensi bank/insuran.

Dalam kesibukan, SKUL berjaya merealisasikan "Merakyatkan Sekolah' di mana hubungan komuniti, PIBG dan sektor swasta kerajaan bergabung membantu sekolah. Gotong royong mengecat sekolah agar kembali ceria selepas bangkit dari banjir yang melanda sekolah saban tahun. FINCO juga turut sama membantu dalam membaiki beberapa kawasan sekolah dan penggantian peralatan terlibat banjir. Kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang

Paling gembira, apabila melihat cikgu, staf dan ibu bapa turut sama turun membantu. Semangat semuanya. Terima kasih banyak- banyak yang dapat hadir membantu. Semoga SKuL terus ceria dan impaknya memberi kesan cemerlang kepada anak pelajar. 






 

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara