Cabaran PDPR ini agak menguji kekuatan dan kesabaran. Pelbagai canaran dan kesannya. Sudah berbulan kita semua mengginakan PDPR sebagai pembelajaran maya dan bukan lagi bersemuka macam dulu.
Satu pendekatan yang menjadi amalan terbaik guru-guru SK Ulu Luit ialah mengginakan aplikasi Padlet. Ianya paparan 'One Page PDPR' yang sesuai untuk murid dan guru. GB juga teruja menggunakannya. Hampir separuh guru SKUL mengginakan kaedah Padlet. Guru boleh memberi pengajaran secara terancang, memasukkan audio, video, gambar dan link bahan. Murid boleh belajar terus daripada Padlet, menjawab kuiz, menulis komen, menghantar bahan bergambar dan video dan mesra pengguna. Murid boleh ulangkaji bila-bila masa. Guru pula boleh menyemak hasil kerja murid dan membuat penilaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan