Ahad, 4 Julai 2021

PDPR: Bebanan dan solusinya. Adakah ia gagal?


 PDPR adalah pengajaran dan pembelajaran di rumah bukanlah pengajaran secara bersemuka. Ianya bukan kelaziman pengajaran guru sebelum ini tetapi kini ia menjadi pengajaran guru yang terpenting. Oleh sebab pandemik Covid19 dan kawalan pergerakan SOP PKP yang dijalankan, ianya mempercepatkan proses pengajaran berasaskan ICT berlaku. 

    Sebelum pandemik ini, mujurlah guru-guru telah dilatih berkenaan penggunaan PROG iaitu satu aplikasi pengajaran secara maya. Guru juga diperkenalkan dengan aplikasi Google, mengenali apa itu Google Meet dan Googleform dalam Google Classroom. Namun ia kini lebih cepat dan hebat di mana semua guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan aplikasi berkenaan. Pelbagai aplikasi daripada Google dan bukan Google juga timbul, membuatkan para guru menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan mereka dan murid mereka.

    Berkesankah PDPR? ramai yang sangsi dengan pendekatan ini. Pelbagai isu timbul dari peringkat atasan hingga kepada murid dan ibu bapa. Ramai stress dan tak sanggup mengikuti PDPR ini dalam jangka masa yang panjang. Tidak dinafikan, 1001 macam persoalan dan kesan timbul. PDPR sememangnya tidak sama dengan kaedah bersemuka. Namun kita perlu hadapi realiti ini dan jadikan satu langkah perjuangan era baru.

   


Lain padang, lain belalang, lain rumput yang menghampar buminya. Tak semua orang sama dengan kita. Pendekatan kita dalam mengajar juga pelbagai dan memberi kesan yang pelbagai. Namun, sebagai guru kita harus berusaha dan memberi mengikut kemampuan yang ada. Banyak faktor dan implikasinya. Bukan semua mahir IT, bukan semua sanggup mengadap komputer atau tablet berjam-jam. Jangan tanya apa yang di atas hendak, kita ikuti apa yang sebolehnya. Yang penting, kerja buat kita untuk mengisi masa dan minda anak-anak murid yang terjebak dengan senario masa ini. Mereka amat memerlukan perhatian daripada semua.

    Di manakah murid kita? mengikuti atau tidak PDPR? Oh, semua orang stress apabila ada yang tidak dapat ikuti pelajaran. Namun siapakah kita untuk kawal mereka? Semua ada masalah dan kekangan sendiri. Masing-masing berada di rumah masing-masing dengan pelbagai situasi di luar kawalan. Sepatutnya kita sudah tahu akan keadaan yang berlaku kerana sudah berbulan malah sudah setahun lebih PDPR dan Covid19 bertemu. Bersabarlah. Kita buat mana yang termampu,

    GB sendiri yang mempunyai 6 orang anak, pelbagai cabaran yang dirasai. Sebab itu GB amat memahami. Biarlah pihak atasan nak 'tenyeh' kita yang di bawah, kita lebih mengerti keadaan sebenarnya di dasar bawah. Yang penting, cikgu mengajar, berusaha memberikan yang terbaik dan seterusnya lapor pengajaran yang di buat. Pihak pentadbiran akan melihat dan mengkajinya. 

   Kita sudah buat yang terbaik, murid juga diberi peluang belajar. Ia bukan gagal kerana cabarannya cukup besar. PDPR boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. Kita baiki bersama kerana ia perlukan peranan dan tanggungjawab semua. Dari atas ke sekolah, para guru, ibu bapa, murid-murid dan komuniti.

Tiada ulasan:

Kandungan

Pentaksiran Bilik Darjah