Isnin, 20 September 2021

Pembudayaan Kajian Tindakan

 Pembudayaan Kajian  Tindakan dalam  kalangan warga pendidik  telah  dapat dlaksanakan  secara meluas  berdasarkan  minat  dan peningkatan  berterusan  bilangan guru  dalam  menjalankan  Kajian  Tindakan  setiap tahun.  Pada  masa sekarang,  Kajian  Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam  konteks pengajaran dan  pembelajaran  di  bilik  darjah,  tetapi  ia juga  digunakan  untuk memperkukuhkan pengurusan di  sekolah.   Matlamat  utama  Kajian Tindakan     adalah  berdasarkan kepada  satu hasrat  iaitu untuk  meningkatkan tahap profesionalisme  dalam  kalangan  pentadbir  dan  guru  di  sekolah. 

Kajian  Tindakan  mempunyai  dua unsur  utama  iaitu  kajian   dan  tindakan. Oleh itu ia sangat  sesuai  diaplilkasikan dalam  konteks  pendidikan  kerana  dua unsur  utama  ini seringkali dijalankan  secara beriringan,  iaitu tindakan dalam proses  pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan  pendidikan;  dan kajian dijalankan bagi  mendapatkan  bukti-bukti  emperik  yang  dapat menyokong  sesuatu tindakan yang  dilaksanakan.  Ia membolehkan  pengamal iaitu  para pendidik  melalui  proses  inkuiri  penemuan dengan   mengkaji masalah-masalah secara saintifik  supaya mereka  boleh  menilai, menambahbaik  dan  memantapkan  proses  membuat  keputusan  dan  amalan.    

Peranan  dan  sumbangan  Kajian Tindakan dalam  membantu menyelesaikan pelbagai  masalah  yang  dihadapi  oleh pentadbir  dan guru di  sekolah  tidak akan  dipertikaikan.  Ini  adalah kerana   dapatan  kajian  akan memberi  impak yang  positif  kepada  perubahan yang  terancang  dan kesannya akan menghasilkan apa yang  dikehendaki  agar  matlamat  pendidikan dapat direalisasikan.  Kajian Tindakan diyakini  dapat  menonjolkan amalan terbaik dalam  pengajaran,  pembelajaran dan pengurusan sekolah.  Sehubungan dengan itu,  sewajarnya semua  warga pendidik  termasuk  Pengetua,  Guru Besar,  dan guru-guru   berperanan  dalam  membudayakan Kajian Tindakan  di sekolah  masing-masing. 

Manual  Kajian  Tindakan dihasilkan  dan dimantapkan  bersesuaian dengan keperluan semasa dan akan datang.  Ia  merupakan garis  panduan bagi melaksanakan  kajian  berdasarkan  proses  yang  betul,  tepat  dan  sistematik supaya  dapatan  yang  bermakna  dapat  dihasilkan  serta mampu menyumbang kepada penambahbaikan  dalam  aspek  pengajaran dan  pembelajaran,   pentadbiran dan pengurusan pendidikan.   

Manual  ini  diharapkan dapat membangkitkan minat  guru-guru khususnya untuk  menjalankan  kajian di sekolah,  di  samping  menambahkan pengetahuan dan kefahaman guru tentang  tata cara melaksanakan Kajian  Tindakan.   Moga  penyediaan  Manual  ini,  akan  dapat  mendekatkan diri  pembaca  dan para pendidik  khususnya dengan dunia  Kajian Tindakan. 

Made with Padlet

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara