Rabu, 22 Februari 2023

Aplikasi 'Pandai' antara aplikasi digital yang amat sesuai untuk para pelajar rendah dan menengah.

 Aplikasi Pandai amat sesuai sebagai satu bentuk kaedah pembelajaran digital kepada semua anak pelajar. Ia bukan sahaja aplikasi untuk anak belajar tetapi juga ada pengisian untuk ibu bapa dan guru. Caranya mudah, download aplikasi Pandai di telefon atau buka web di komputer, daftarkan diri dan boleh belajar. Murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, boleh buat latihan dan ujian. 

    Aplikasi ini adalah percuma. Namun boleh juga ke tahap yang lebih tinggi dengan membayar Serendah RM30 sebulan. Ada juga pakej pembelajaran digital Online dengan yuran RM96 sebulan di mana kelas online diberikan oleh guru-guru pakar.

    Ini dimaklumkan sendiri oleh Encik Khairol CEO Pandai Apps kepada kami wakil PGB Pahang di hotel Ideas, Kuala Lumpur. 

https://pandai.org/my/home







Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara