Kehadiran ke sekolah semestinya menjadi kewajiban bagi setiap murid. Namun bukan senang untuk kita menolak kedidakhadiran terutama kes cuti sakit. Di SKUL, memang menjadi satu rekod kehadiran yang kurang cantik dimana sukar untuk mendapatkan kehadiran keseluruhan 100%. Pelbagai faktor yang dapat dilihat, namun intervensi bagaimana kehadiran ini dapat mencapai KPI yang ditetapkan.
Sejak persekolahan 2023/24 dibuka, kita melihat kehadiran pada kali ini bertambah baik. Jarang sekali untuk mendapat 95% kehadiran sebelum ini. Alhamdulillah, sejak sebulan yang lalu, kita berjaya mengekalkan kehadiran 95% ke atas. Pada hari ini, 30 Januari 2023 pencapaian kita masih pada 95.4%.
GB sendiri berusaha untuk tambah baik pemantauan kehadiran dengan menyediakan satu tapak offline yang boleh melihat perkembangan dan pencapaian kehadiran sekolah setiap hari. Berpandukan APDM dan tapak excel yang GB usahakan, diharap dapat membantu pengurusan HEM. GB berhasrat untuk menyediakan data Dashboard dan data online selepas ini. Semoga kita sentiasa maju ke hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan