Isnin, 13 Mac 2023

Pemasangan katil baru (double decker) bagi persiapan pembukaan asrama dan sekolah.

Pihak sekolah telah mengambil keputusan menggantikan katil asrama yang telah rosak dengan katil yang baru. Tilam juga diganti. Ini bagi memberikan keselesaan dan keselamatan. Katil yang sedia ada telah usang, tiada pagar dan tidak mencukupi untuk mengisi 50 orang pelajar . 
Katil lama juga sering tenggelam banjir dan banyak yang telah patah . Kita berharap, dengan pembelian katil dan tilam baru dapat memberi keselesaan dan kecukupan katil bagi mengisi maksima 50 orang pelajar. Sebelum ini, asrama hanya mampu menyediakan katil yang terhad untuk 43 orang sahaja. Permintaan dan permohonan tinggi bagi persekolahan tahun ini, menyebabkan kami mengambil keputusan menambah bilangan katil dan mencukupkan 50 orang walaupun hampir 80 orang pemohon.  

Kembali menggunakan katil double decker membantu kepada penyediaan ruang dan keselesaan. Namun aspek keselamatan perlu diberi perhatian penuh kerana anak-anak pelajar masih kanak-kanak. 

Tahun-tahun sebelumnya memang pihak sekolah terpaksa memujuk murid tinggal di asrama, namun tahun ini permintaannya tinggi hingga terpaksa membuat pemilihan dan penilaian. Ini membuktikan, asrama desa dan sekolah mula menarik minat para ibu bapa dan pelajar.
 




 

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara