Khamis, 16 Mei 2024

Selamat Hari Guru 2024



Nilai seorang guru


Sejak dulu hingga kini

Sekolah adalah darah jiwa kita

Siapa kita dulu kini dan selamanya


Cikgu,

Bukan kepalang cabaran kita

Zaman berganti generasi melapisi,

Semua memerlukan kekuatan dan kehebatan

Amanah dipikul menjadi kasih tak berbelah bahagi


Cikgu

Anda terpilih, insan terpilih

Tak semua yang mampu berada di sini

Hanya yang rezekinya sebagai pendidik

Berkorban dan berusahalah

Demi membina anak bangsa

Percayalah anda di sini 

Kerana anda layak sebagai pendidik bangsa 


Nukilan:

Hanya Aku 

9,50 am 17/5/2024

 

Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara