Rabu, 18 Disember 2024

Apakah pandangan pertama GB melihat SKBT?

 Oh, teruja. Sekolah ini sudah berada di tahapnya yang tersendiri. Sekolah yang ceria dan banyak asas TS25 di bawah GB Norziah binti Salleh. GB ucapkan tahniah kepada beliau kerana membawa SKBT kepada kecemerlangan yang ada masa ini. SKBT dari dulu sentiasa dalam radar pemerhatian GB semenjak GB di PPD Maran lagi dalam mengurus kecemerlangan sekolah-sekolah daerah Maran. 

Sekolah ini ceria dan cukup baik dari segi aspek pengurusan. GB basuh kaki aje. Tandas-tandasnya cukup bersih dan ceria serta berinformasi. Jarang sekolah seperti itu. Informasi TS25 juga banyak. Seriau juga bagaimana GB nak teruskan kemantapan yang ada. Cuma mungkin bahan yang dipamer mulai lusuh dan pudar akibat terdedah kepada cuaca. Tugas GB lah nanti untuk ceriakan dan perbaharui semula. 

Pengurusan pejabatnya juga mantap. Audit pun cemerlang. Lega GB sebab AKP yang ada adalah rakan GB yang pernah bekerja di PPD dulu. Mudahlah memahami rentak dan tari. 

Cikgu-cikgu nya juga mantap dan dedikasi. Walaupun hanya kenal beberapa orang, namun GB percaya, akan mudah membina team yang mantap. Ramai guru muda dan baru beberapa tahun di SKBT. Jadi, rasanya mudah untuk GB susun gerak gempur nanti. 

GB percaya, pastinya ada ruang lagi kepada penambahbaikan. Teruskan doa dan harapan yang baik.



Tiada ulasan:

Kandungan

Selamat Hari Guru : Guru Bitara , Nadi Negara