Memimpin sekolah juga seperti mengendalikan pasukan bola sepak.
- Alhamdulillah, kita teruskan pendigitalan sekolah. SK Felda Bkt Tajau pun sudah mulai kita transform ke arah pendigitalan. Dan beberapa orang sahabat GB dari dalam dan luar daerah juga sudah mengikuti jejak yang sama. GB bantu mana yang patut. GB suka share. Atas sekolah itulah nak tambah baik macamana.
- GB tak mahir IT, tapi sentiasa explore mana yang boleh dipelajari dan share mana yang boleh. Kadang-kadang, GB minta bantuan anak buah atau sahabat yang mahir. Begitulah, walaupun usaha kita ada masanya tak dikesampingkan oleh mereka dan mereka. Tak pandang pun.
- Pendidikan ini luas seperti padang bola. You sebagai leader, terserahlah you nak bina team macamana, nak susun posisi macamana, nak guna sumber kekuatan yang macamana. Yang penting visi dan misi you. Dalam perjuangan pastinya kita mahu menang. Kena bina team seperti pasukan bola, ada wawasan, perancangan, sumber kekuatan, fasiliti, satu pasukan, kerja kuat, taktikal, teknikal, kebajikan, harmoni dan sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan