Kadang-kadang rasa kecewa juga bila ada yang tak suka istilah Merakyatkan Sekolah. Katanya langkah ke belakang dan terlalu buka kepada umum. Ia bukan untuk saya tetapi milik sekolah dan komunitinya. Guru adalah penggerak masyarakat, namun ianya semakin kurang ditemui. Susah @ jarang nak jumpa cikgu aktif bermasyarakat, aktif dalam persatuan, JKPP, politik, JK Masjid, belia dan sebagainya. Mereka hanya aktif dalaman sahaja.
Begitu juga masyarakat semakin jauh dengan sekolah terutama bila tiada anak yang bersekolah di situ.
Tak salah kalau GB nak satukan mereka demi kebaikan anak2 dan semua. Masa nak buat program, sibuk minta sumbangan luar tapi kita terus dasar tutup pintu. Di mana GB berada , hasrat itu dibawa. Terserahlah kalau GB sudah keluar, deme nak kuburkan atau tak suka. GB sentiasa positif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan