Kerja buat anak buah GB. Alhamdulillah, walaupun tandas jadi fokus permulaan tahun ini, ianya tetap menyuntik semangat warga Bukit Tajau untuk bersaing dan ceria. Semua tandas kita berinformasi dan bersih. Kita budayakan tandas bersih, barulah anak-anak seronok datang ke sekolah. Cikgu juga memang minat nak mencantikkan ruang. GB hanya tambah amalan dan tata kelola 5S dan EKSA (gunakan pengalaman lama GB ketika jadi pegawai). Tandas? Di dalam tandas pun ada maklumat pendidikan dan boleh belajar sesuatu.
Walaupun hanya tandas, banyak yang boleh kita pelajari. Hari2 kita gunakan, tentunya kita perlukan keselesaan. Jangan kerana kotor, murid tak nak pergi sekolah. Sanggup tahan perut sampai balik. Kita patut ajar tentang kebersihan yang akan jadi budaya berterusan.
Mohon support semua untuk kami melangkah lebih jauh. Kita baru mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada MDM Maran. Kita juga telah dinilai di peringkat negeri. GB hanya sokong hasrat dan permintaan cikgu2 SKBT sendiri yang mahu mencantikkan tandas. Mereka dah usaha, GB lorongkan aje.
https://skbukitajau.blogspot.com/search/label/Tandas%20ceria?m=1
@Serlahkan Kehebatan Bestari Terbilang.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan