Khamis, 22 Julai 2021

50 Unit Tablet Pintar lagi dari Mercy Malaysia.


Terima kasih Mercy Malaysia yang disampaikan oleh Cik Zeti kepada pengurusan sekolah SKUL.


Syukur Alhamdulillah, 50 lagi Tablet pintar disumbangkan melalui NGO Mercy Malaysia kepada SK Ulu Luit. Sumbangan ini cukup besar dan beerti bagi warga SKUL dalam mendepani zaman IT dan digital learning terutama PDPR. 

Pastinya guru teruja untuk mengajar dan murid pula bermotivasi untuk terus belajar walaupun secara PDPR. Banyak aplikasi yang boleh digunakan. Tablet ini menjadi 'tools' yang terbaik.

Jika berlaku pembukaan sekolah nanti, murid juga dapat gunakan di dalam kelas sambil dibantu dengan tablet pintar dan smart Tv.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Mercy Malaysia yang merealisasikan impian kami.













 



Selasa, 20 Julai 2021

Portal Pengurusan Murid@SKUL

 


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


Semua ibubapa/penjaga atau murid dan guru SKUL. 


Sistem e-HADIR PDPR SKUL 2021


melalui


Portal Pengurusan Murid@SKUL


sila klik link di bawah :


http://mylink.la/murid-skul


 *ARAHAN PENGGUNAAN* 


1. Klik link di atas.

2. Pilih KEHADIRAN MURID

3. sila masukkan *NO. MYKID/MYKAD* anak masing2 dengan betul. 

4. Klik SUBMIT

5. *PASTIKAN NO. MYKID ANAK ADALAH BETUL DAN SAH NOMBORNYA.* 


*KEHADIRAN hanya isi SEKALI sahaja*


pengisian kehadiran bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 ptg shj bagi memudahkan guru menghantar laporan harian pdpr ke pihak JPNP.



terima kasih.

selamat berPDPR


Unit ICT

SKUL

Rabu, 14 Julai 2021

Duit KWAMP 2021 telah diagihkan kepada murid yang terpilih.

 


Alhamdulillah, duit KWAMP pun dapat diagihkan kepada yang layak. Moga dapat digunakan untuk pelajaran anak2. 

Terima kasih my team 

Lain daripada yang lain. Sumbangan ayam siap proses untuk murid aktif PDPR

Alhamdulillah, sumbangan berupa ayam diproses kepada anak pelajar SKUL yang terpilih, berdasarkan keaktifan dan kecaknaan PDPR. Terima kasih kepada penyumbang. Ramai yang meluahkan kesyukuran walaupun hanya ayam diwaktu/ masa kesukaran ini. Dapatlah buat lauk untuk anak2 yang kepenatan PDPR.😃😃👍

Terima kasih 'myteam'.





 

Aplikasi Padlet sebagai Amalan Terbaik PDPR SKUL

 Cabaran PDPR ini agak menguji kekuatan dan kesabaran. Pelbagai canaran dan kesannya.  Sudah berbulan kita semua mengginakan PDPR sebagai pembelajaran maya dan bukan lagi bersemuka macam dulu.

Satu pendekatan yang menjadi amalan terbaik guru-guru SK Ulu Luit ialah mengginakan aplikasi Padlet. Ianya paparan 'One Page PDPR' yang sesuai untuk murid dan guru. GB juga teruja menggunakannya.  Hampir separuh guru SKUL mengginakan kaedah Padlet. Guru boleh memberi pengajaran secara terancang, memasukkan audio, video, gambar dan link bahan. Murid boleh belajar terus daripada Padlet, menjawab kuiz, menulis komen, menghantar bahan bergambar dan video dan mesra pengguna. Murid boleh ulangkaji bila-bila masa. Guru pula boleh menyemak hasil kerja murid dan membuat penilaian.

Ahad, 11 Julai 2021

Kolaboratif dan jalinan bersama Mercy Malaysia. SKUL rasa teruja.

Terima kasih Mercy Malaysia kerana sudi membantu SK Ulu Luit dalam kerjasama kebajikan. Bermula dengan bantuan banjir, bantuan tablet pintar dan peralatan elektrik untuk Asrama Desa SKUL. Selain itu juga, termasuklah bantuan bakul makanan bagi murid dari keluarga B40. Semoga kerjasama ini dapat terus dieratkan.



 

Permandangan SK Ulu Luit dari udara







 

Jumaat, 9 Julai 2021

FULL ATTENDANCE CAMPAIGN 2021 SKUL


ENGLISH PANEL

"FULL ATTENDANCE CAMPAIGN 2021" 


Stand a chance to win a prize if you :


*Attend English Class every online class*

                  and 

*Submit your work every online class*


😇As easy as that, you can win interesting prizes ! 


🌷You're staying as far as Ladang Asia? 

Don't worry! We'll post out the prize to you. Don't rush to school to grab the token! Easy right? 


🥰So, make sure you join your online class everyday! 


😍 3 winners for each class will be selected starting from now! 


🎀THIS CAMPAIGN IS BROUGHT TO YOU BY


🪄SK ULU LUIT ENGLISH PANEL 🪄 

Assalamualaikum wrt dan salam hujung minggu

Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan Kempen Penyertaan 100% PDPR Bahasa Inggeris bermula Isnin 12.7.2021

Buat makluman, guru subjek English setiap kelas akan memilih 3 murid terbaik dan hadiah akan diberikan pada mereka yang bertuah.

Kerjasama semua amatlah dihargai.

Terima kasih.


English Panel 2021

#Englishforall

Khamis, 8 Julai 2021

PDPR SEJARAH TAHUN 5 : Tokoh-tokoh Perjuang Kemerdekaan

 

Made with Padlet

PDPR SEJARAH TAHUN 6 : Kaum dan Etnik di Malaysia

 

Made with Padlet

Program Jiwa Rakyat menyuntik motivasi murid SK Ulu Luit untuk aktif PDPR

Alhamdulillah. Permulaan pemberian Roti Gardenia kepada murid asnaf, kini dipanjangkan pula kepada murid yang aktif dalam PDPR. Murid yang terpilih dari setiap kelas dan sentiasa aktif menyiapkan tugasan guru, akan diberi sumbangan berupa barangan keperluan. Antara barangan adalah seperti beras, mi kuning, telur, sayur-sayuran dan sebagainya. Mereka boleh memilih barangan yang menjadi keperluan mereka. 

Kami juga sedang berusaha untuk mempelbagaikan lagi bentuk sumbangan. Pada minggu hadapan, dijangka sumbangan berbentuk ayam siap proses pula. Terima kasih kepada para penyumbang dan individu yang memberi sumbangan. Terima kasih juga kepada GPK Ko, Cikgu Wan Iskandar yang berusaha mencari penyumbang. 

    Sumbangan ini adalah diharapkan dapat memberi motivasi untuk anak-anak SKUL di samping boleh membantu keluarga B40 yang berhadapan cabaran besar Covid19. Rata-rata mereka ini terkesan dengan PKP ini.

   GB juga rasa seronok dapat melihat air muka anak-anak begitu ceria mendapatkan sumbangan. Barangan sumbangan diletakkan di Pondok Rakyat depan sekolah. Wakil keluarga akan datang ambil dengan pandu lalu dan diuruskan pengawal keselamatan sahaja. Cikgu hanya maklumkan melalui whatsapp senarai penerima. 

   Semoga pemberian ini memberi kebaikan buat semua. Ini antara apa yang kita nak buktikan dalam Merakyatkan Sekolah.








 

Selasa, 6 Julai 2021

Aplikasi CIKGU untuk para guru

 Aplikasi untuk Android yang boleh digunakan oleh guru bagi semak terus laman web kementerian dan aplikasi guru seperti APDM, HrMIS, e-Gtukar, SKPMg2 dan sebagainya.


https://play.google.com/store/apps/details?id=appinventor.ai_hasrulnizamhassan93.Cikgu

PDPR PENDIDIKAN SENI TAHUN 3 : Ayaman Zaman Berzaman

 

Made with Padlet

Sumbangan Roti Gardenia kepada Anak Asnaf yang hadir kelas PDPR.


Syukur Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Hari ini anak-anak Asnaf SK Ulu Luit telah diberi sumbangan roti oleh pihak sekolah kerana terlibat penuh dalam kelas PDPR. Sumbangan roti ini merupakan pemberian oleh YB ADUN Luit, iaitu YB Encik Mohd Sofian bin Abd Jalil. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan berkenaan. Semoga murid-murid bertambah bersemangat untuk hadir kelas PDPR yang dijangka diteruskan sehingga sekolah di buka.

   Selepas ini, dijangka akan ada lagi sumbangan berbentuk barangan bagi menyuntik semangat murid-murid. Kami sedang merancang, kemungkinan Mee kuning, telur, sayur-sayuran dan sebagainya. Ia bertepatan dengan situasi semasa di mana keperluan ini amat diperlukan keluarga. Bagai serampang dua mata, ia boleh juga membantu keluarga selain aktif dalam PDPR.

    Terima kasih YB Mohd Sopian bin Abdul Jalil yang sudi membantu.











Ahad, 4 Julai 2021

PDPR: Bebanan dan solusinya. Adakah ia gagal?


 PDPR adalah pengajaran dan pembelajaran di rumah bukanlah pengajaran secara bersemuka. Ianya bukan kelaziman pengajaran guru sebelum ini tetapi kini ia menjadi pengajaran guru yang terpenting. Oleh sebab pandemik Covid19 dan kawalan pergerakan SOP PKP yang dijalankan, ianya mempercepatkan proses pengajaran berasaskan ICT berlaku. 

    Sebelum pandemik ini, mujurlah guru-guru telah dilatih berkenaan penggunaan PROG iaitu satu aplikasi pengajaran secara maya. Guru juga diperkenalkan dengan aplikasi Google, mengenali apa itu Google Meet dan Googleform dalam Google Classroom. Namun ia kini lebih cepat dan hebat di mana semua guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan aplikasi berkenaan. Pelbagai aplikasi daripada Google dan bukan Google juga timbul, membuatkan para guru menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan mereka dan murid mereka.

    Berkesankah PDPR? ramai yang sangsi dengan pendekatan ini. Pelbagai isu timbul dari peringkat atasan hingga kepada murid dan ibu bapa. Ramai stress dan tak sanggup mengikuti PDPR ini dalam jangka masa yang panjang. Tidak dinafikan, 1001 macam persoalan dan kesan timbul. PDPR sememangnya tidak sama dengan kaedah bersemuka. Namun kita perlu hadapi realiti ini dan jadikan satu langkah perjuangan era baru.

   


Lain padang, lain belalang, lain rumput yang menghampar buminya. Tak semua orang sama dengan kita. Pendekatan kita dalam mengajar juga pelbagai dan memberi kesan yang pelbagai. Namun, sebagai guru kita harus berusaha dan memberi mengikut kemampuan yang ada. Banyak faktor dan implikasinya. Bukan semua mahir IT, bukan semua sanggup mengadap komputer atau tablet berjam-jam. Jangan tanya apa yang di atas hendak, kita ikuti apa yang sebolehnya. Yang penting, kerja buat kita untuk mengisi masa dan minda anak-anak murid yang terjebak dengan senario masa ini. Mereka amat memerlukan perhatian daripada semua.

    Di manakah murid kita? mengikuti atau tidak PDPR? Oh, semua orang stress apabila ada yang tidak dapat ikuti pelajaran. Namun siapakah kita untuk kawal mereka? Semua ada masalah dan kekangan sendiri. Masing-masing berada di rumah masing-masing dengan pelbagai situasi di luar kawalan. Sepatutnya kita sudah tahu akan keadaan yang berlaku kerana sudah berbulan malah sudah setahun lebih PDPR dan Covid19 bertemu. Bersabarlah. Kita buat mana yang termampu,

    GB sendiri yang mempunyai 6 orang anak, pelbagai cabaran yang dirasai. Sebab itu GB amat memahami. Biarlah pihak atasan nak 'tenyeh' kita yang di bawah, kita lebih mengerti keadaan sebenarnya di dasar bawah. Yang penting, cikgu mengajar, berusaha memberikan yang terbaik dan seterusnya lapor pengajaran yang di buat. Pihak pentadbiran akan melihat dan mengkajinya. 

   Kita sudah buat yang terbaik, murid juga diberi peluang belajar. Ia bukan gagal kerana cabarannya cukup besar. PDPR boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. Kita baiki bersama kerana ia perlukan peranan dan tanggungjawab semua. Dari atas ke sekolah, para guru, ibu bapa, murid-murid dan komuniti.

Anugerah Cakna PDPR. Rebutlah peluang.


 

Sabtu, 3 Julai 2021

Seloka PDPR 01

Seloka PDPR (01)











PDPR

mendengar namamu membuatku resah

kerana di situ beribu isu yang tak sudah

online atau offline membuat kita lelah

biarlah bersemuka jumpa di sekolah


PDPR

di situlah aura pendidik dijelma

bukan senang menjadi guru perdana

tanpa guru di sisi, semua merana

kalau boleh, biar kosong rumah semua

pergi sekolah lebih terbina

dari serabut di rumah belajar entah ke mana.


PDPR

realiti zaman era baru

pelbagai idea, diadun guru

biar murid bisa berguru

bukan lagi sepenuhnya buku

harap nanti menjadi orang berilmu. 


Nukilan:

GB Justme

Khamis, 1 Julai 2021

Portal Pengurusan Murid SKUL


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GB nak kongsikan berkaitan Portal Pengurusan Murid yang dibangunkan oleh cikgu sekolah SKUL. Ianya bagi ibu bapa, penjaga dan murid mendaftar diri kehadiran PDPR setiap hari. ia dikenali sebagai e-Hadir bagi memastikan murid dapat hadir untuk kelas PDPR.

    Ibu bapa boleh menyemak kehadiran anak-anak di Analisa kehadiran. Ia bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran dan memudahkan pemantauan semua.

    Begitu juga, murid dapat menggunakan Buku Teks Digital yang disediakan. Ia bermakna murid boleh merujuk terus buku teks yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Teks Digital dapat membantu murid membaca dimana-mana dan mudah capai.

    Murid juga boleh mendapatkan ID DELIMA bagi akses bahan dan capaian perhubungan dengan cikgu mereka terutama menggunakan 'Google Meet', 'Google Form' atau kelas maya mereka 'Google classroom'.

    Semoga Portal Pengurusan Murid ini memudahkan ibu bapa, murid dan guru dalam mendepani PDPR yang mencabar ini.

https://mylink.la/murid-skul

PDPR SEJARAH TAHUN 6 : RAKYAT MALAYSIA

 

Made with Padlet

PDPR SEJARAH TAHUN 5 : Perjuangan Tokoh Tempatan dalam menentang British

Made with Padlet

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'