Rabu, 21 Mei 2025

Amanat KPPM Reformasi Pendidikan.

 Pada 21 Februari 2025, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Haji Azman bin Haji Adnan, telah menyampaikan amanat penting sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. Dengan tema "Memperkemas Gerak Kerja, Mereformasi Sekolah", amanat ini menggariskan keperluan perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang dipimpin oleh YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengapa Reformasi Pendidikan Satu Keperluan?

Dalam ucapan beliau, KPPM menekankan bahawa sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan berterusan bagi memastikan keberkesanan dalam melahirkan generasi yang seimbang, berdaya saing, dan berakhlak. Dengan jumlah 5.14 juta murid, 414,964 guru, dan 10,237 sekolah yang telah memulakan sesi persekolahan, tanggungjawab besar terletak di bahu setiap warga pendidikan untuk memastikan pembelajaran berkualiti dan inklusif.


Ibnu Khaldun pernah berkata,

"Tujuan utama pendidikan bukan sekadar memberikan pengetahuan tetapi juga membentuk akhlak dan adab pelajar."

Inilah falsafah yang mendasari reformasi pendidikan yang digerakkan oleh KPM.

8 Keutamaan Pendidikan 2025

Bagi mencapai reformasi pendidikan yang menyeluruh, KPPM menggariskan lapan keutamaan utama:


1. Menangani Isu Keciciran Murid

  • Program Anak Kita diperkenalkan dengan peruntukan RM30 juta untuk membantu 80,000 pelajar yang berisiko tercicir.
  • Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 akan dibentangkan bagi memanjangkan pendidikan wajib hingga sekolah menengah.
  • Teknologi dan gamifikasi pembelajaran akan diperkenalkan bagi menarik minat murid ke sekolah.

2. Kepimpinan Pendidikan MADANI

  • Pemimpin sekolah bukan sekadar pentadbir tetapi juga pembimbing dan pemudah cara.
  • Program Transformasi Daerah (DTP) diteruskan untuk memperkukuh peranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

3. Peningkatan Profesionalisme Guru

  • Latihan berkala dan pembangunan profesionalisme diperluaskan, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran.
  • Platform DELIMa dimanfaatkan sebagai pusat latihan maya untuk guru.

4. Penguasaan Literasi dan Numerasi

  • Program PlaN (Program Literasi dan Numerasi) akan diperkukuhkan bagi meningkatkan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

5. Mewujudkan Kesejahteraan Sekolah

  • Program Duta Sahsiah diperkenalkan untuk menangani isu buli dan gangguan seksual dalam kalangan murid.
  • Penekanan diberikan kepada ekosistem pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat.

6. Generasi MADANI: Murid Berilmu, Berakhlak, dan Berdaya Saing

  • Penerapan konsep rekayasa minda (pemikiran kritis, kreatif, inovatif) dan rekayasa sikap (integriti, ihsan, keseimbangan diri).

7. Pentaksiran Antarabangsa: TIMSS, PISA, SEA-PLM

  • Persiapan menghadapi PISA 2025, dengan 157 sekolah dipilih sebagai peserta kajian antarabangsa.

8. Reformasi Sekolah: Sekolah Fokus, Aspirasi, dan Inspirasi


Sekolah dikategorikan kepada tiga jenis bagi memastikan sokongan yang lebih berfokus:

  • Sekolah Fokus: Memerlukan intervensi segera dan bantuan sokongan penuh.
  • Sekolah Aspirasi: Berprestasi baik tetapi memerlukan inovasi untuk terus berkembang.
  • Sekolah Inspirasi: Model kecemerlangan yang menjadi rujukan sekolah lain.

Belanjawan 2025: Pelaburan Terbesar dalam Pendidikan

Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion kepada KPM, menjadikannya kementerian dengan bajet tertinggi. Antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan:

  • RM200 juta untuk menggantikan perabot sekolah.
  • RM300 juta untuk membina dua sekolah pendidikan khas baharu.
  • RM30 juta untuk menangani isu keciciran murid.
  • Pembinaan 44 sekolah baharu dan 34 prasekolah di seluruh negara.

KPM juga menyalurkan 18 bentuk bantuan persekolahan, termasuk:

  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kini diperluaskan hingga Tingkatan Enam.
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Bantuan Makanan Prasekolah bagi memastikan murid mendapat pemakanan seimbang.
  • Biasiswa Kecil Persekutuan dan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK).

5 Prinsip Kerja untuk Transformasi Pendidikan

Bagi memastikan reformasi ini berjalan lancar, KPPM menekankan lima prinsip utama:

  1. Berasaskan Data: Keputusan dibuat berdasarkan analisis maklumat yang tepat.
  2. Daya Tahan: Pendidikan yang fleksibel dan mampu beradaptasi dengan cabaran semasa.
  3. Keberhasilan: Fokus kepada impak positif kepada murid dan sekolah.
  4. Pandu Arah: Kepimpinan yang jelas dalam menentukan hala tuju pendidikan.
  5. Kecekapan: Pengurusan sumber yang optimum dan berkesan.

Kesimpulan: Menuju Masa Depan Pendidikan yang Lebih Cemerlang

Amanat KPPM 2025 bukan sekadar peringatan tahunan, tetapi satu seruan kepada seluruh warga pendidikan untuk terus bergerak ke hadapan dengan semangat reformasi yang berterusan.

"Kita tidak boleh jumud dalam pendidikan jika mahu perubahan besar dalam negara." Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Dengan komitmen guru, pentadbir, ibu bapa, dan masyarakat, sistem pendidikan Malaysia mampu melahirkan generasi MADANI yang lebih berkualiti, berdaya saing, dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.


Mari bersama-sama merealisasikan Memperkemas Gerak Kerja, Mereformasi Sekolah untuk pendidikan yang lebih gemilang, inklusif, dan progresif!


Isnin, 5 Mei 2025

Tahniah Tandas SKBTAJAU layak ke peringkat kebangsaan TOTYA 2025

 




Kerja buat anak buah GB. Alhamdulillah, walaupun tandas jadi fokus permulaan tahun ini, ianya tetap menyuntik semangat warga Bukit Tajau untuk bersaing dan ceria. Semua tandas kita berinformasi dan bersih.  Kita budayakan tandas bersih, barulah anak-anak seronok datang ke sekolah. Cikgu juga memang minat nak mencantikkan ruang. GB hanya tambah amalan dan tata kelola 5S dan EKSA (gunakan pengalaman lama GB ketika jadi pegawai). Tandas?  Di dalam tandas pun ada maklumat pendidikan dan boleh belajar sesuatu. 

Walaupun hanya tandas, banyak yang boleh kita pelajari. Hari2 kita gunakan, tentunya kita perlukan keselesaan. Jangan kerana kotor, murid tak nak pergi sekolah. Sanggup tahan perut sampai balik. Kita patut ajar tentang kebersihan yang akan jadi budaya berterusan. 

Mohon support semua untuk kami melangkah lebih jauh. Kita baru mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada MDM Maran. Kita juga telah dinilai di peringkat negeri. GB hanya sokong hasrat dan permintaan cikgu2 SKBT sendiri yang mahu mencantikkan tandas. Mereka dah usaha, GB lorongkan aje.

https://skbukitajau.blogspot.com/search/label/Tandas%20ceria?m=1 

@Serlahkan Kehebatan Bestari Terbilang.

Sabtu, 3 Mei 2025

Apakah anda memahami apa itu Merakyatkan Sekolah?


Kadang-kadang rasa kecewa juga bila ada yang tak suka istilah Merakyatkan Sekolah. Katanya langkah ke belakang dan terlalu buka kepada umum. Ia bukan untuk saya tetapi milik sekolah dan komunitinya. Guru adalah penggerak masyarakat, namun ianya semakin kurang ditemui.  Susah @ jarang nak jumpa cikgu aktif bermasyarakat, aktif dalam persatuan, JKPP, politik, JK Masjid, belia dan sebagainya. Mereka hanya aktif dalaman sahaja. 

Begitu juga masyarakat semakin jauh dengan sekolah terutama bila tiada anak yang bersekolah di situ. 

Tak salah kalau GB nak satukan mereka demi kebaikan anak2 dan semua. Masa nak buat program, sibuk minta sumbangan luar tapi kita terus dasar tutup pintu. Di mana GB berada , hasrat itu dibawa. Terserahlah kalau GB sudah keluar, deme nak kuburkan atau tak suka. GB sentiasa positif. 

Khamis, 1 Mei 2025

Mencari Rakan Strategik. Antara visi, pengharapan dan sokongan.





Dalam usaha Merakyatkan Sekolah, pastinya kita memerlukan rakan strategik yang mampu membantu memberi sumbangan, kerjasama dan idea bagi meletakkan kecemerlangan sekolah seiring kehendak kementerian. Kami mengalu-alukan sokongan semua. 
 

Sabtu, 8 Februari 2025

Sudah masanya kita bermain dengan cat bagi keceriaan sekolah

Tukang kebun adalah rakan strategik GB


 Mengapa GB katakan demikian? Mereka bukan orang suruhan atau kuli batak kita. Rezeki mereka berkerja di samping kita. 

Bukan perlu diarah, diherdik dan dimarah. Mereka ada skop kerja mereka. Kita sebagai pentadbir, pandu dan beri garis panduan kepada mereka. Beri masa, tempoh dan kerjasama. Jangan mudah melenting dan maki hamun mereka. Mereka juga manusia yang mencari rezeki untuk keluarga. Jadi GB jangan ego, sombong dan berlagak besar. Perlu ada masa beri motivasi. Ini kerana merekalah yang menjaga kita, membantu kita. 6 hari seminggu mereka bekerja,  dari jam 7.00 pagi sampai 4.00 petang.  Hargailah mereka dan pimpin mereka dengan hikmah.

Khamis, 30 Januari 2025

Isu anai-anai sering menggusarkan ketua jabatan




Memang menjadi maslah kepada ketua jabatan sekiranya anai-anai menyerang bangunan. serangannya senyap tetapi memberi kesan besar kepada fizikal bangunan. Ia menjadi bom luar jangka. 

sekiranya berlaku demikian, apakah tindakan kita?. Sepatutnya kita perlu melihat sejauh mana kesannya. Maka, perlunya pentadbir membuat laporan secepat mungkin. Laporan bergambar dan bertulis kepada pihak PPD bagi memohon penyelenggaraan. Selain itu ia perlu dilapor ke dalam Sistem EMIS bersama gambar yang diambil. InshaAllah, pihak PPD dan Jabatan akan mengambil tindakan segera,






 

Cabaran Pendidikan 2025

 

Rabu, 18 Disember 2024

Hari Anugerah Kecemerlangan atau Aspirasi SK Bukit Tajau. meraikan kejayaan dan kemenjadian murid

 GB bangga dengan pencapaian anak murid di SK LKTP Bukit Tawau. Tahniah semua buat murid, guru, ibu bapa dan komuniti.

Boleh lihat gambar-gambar di halaman berikut :

https://photos.app.goo.gl/vFRfe77u6M2imgz17









https://photos.app.goo.gl/vFRfe77u6M2imgz17 



Apakah pandangan pertama GB melihat SKBT?

 Oh, teruja. Sekolah ini sudah berada di tahapnya yang tersendiri. Sekolah yang ceria dan banyak asas TS25 di bawah GB Norziah binti Salleh. GB ucapkan tahniah kepada beliau kerana membawa SKBT kepada kecemerlangan yang ada masa ini. SKBT dari dulu sentiasa dalam radar pemerhatian GB semenjak GB di PPD Maran lagi dalam mengurus kecemerlangan sekolah-sekolah daerah Maran. 

Sekolah ini ceria dan cukup baik dari segi aspek pengurusan. GB basuh kaki aje. Tandas-tandasnya cukup bersih dan ceria serta berinformasi. Jarang sekolah seperti itu. Informasi TS25 juga banyak. Seriau juga bagaimana GB nak teruskan kemantapan yang ada. Cuma mungkin bahan yang dipamer mulai lusuh dan pudar akibat terdedah kepada cuaca. Tugas GB lah nanti untuk ceriakan dan perbaharui semula. 

Pengurusan pejabatnya juga mantap. Audit pun cemerlang. Lega GB sebab AKP yang ada adalah rakan GB yang pernah bekerja di PPD dulu. Mudahlah memahami rentak dan tari. 

Cikgu-cikgu nya juga mantap dan dedikasi. Walaupun hanya kenal beberapa orang, namun GB percaya, akan mudah membina team yang mantap. Ramai guru muda dan baru beberapa tahun di SKBT. Jadi, rasanya mudah untuk GB susun gerak gempur nanti. 

GB percaya, pastinya ada ruang lagi kepada penambahbaikan. Teruskan doa dan harapan yang baik.



Memimpin sekolah juga seperti mengendalikan pasukan bola sepak.

 

  • Alhamdulillah, kita teruskan pendigitalan sekolah. SK Felda Bkt Tajau pun sudah mulai kita transform ke arah pendigitalan. Dan beberapa orang sahabat GB dari dalam dan luar daerah juga sudah mengikuti jejak yang sama. GB bantu mana yang patut. GB suka share. Atas sekolah itulah nak tambah baik macamana.
  • GB tak mahir IT, tapi sentiasa explore mana yang boleh dipelajari dan share mana yang boleh. Kadang-kadang, GB minta bantuan anak buah atau sahabat yang mahir. Begitulah, walaupun usaha kita ada masanya tak dikesampingkan oleh mereka dan mereka. Tak pandang pun.
  • Pendidikan ini luas seperti padang bola. You sebagai leader, terserahlah you nak bina team macamana, nak susun posisi macamana, nak guna sumber kekuatan yang macamana. Yang penting visi dan misi you. Dalam perjuangan pastinya kita mahu menang. Kena bina team seperti pasukan bola, ada wawasan, perancangan, sumber kekuatan, fasiliti, satu pasukan, kerja kuat, taktikal, teknikal, kebajikan, harmoni dan sebagainya



Isnin, 16 Disember 2024

Pendigitalan Sekolah diteruskan. Kini di SK Felda Bukit Tajau pula.


Pendigitalan sekolah kita teruskan lagi. Harap ia dapat digunakan sebagai sebaran info maklumat dan pencarian data. 


 

Selasa, 12 November 2024

Keselamatan sekolah

 Keselamatan di sekolah sangat penting untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi semua pelajar, guru, dan kakitangan. Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil di sekolah termasuk:

1. Pintu Masuk yang Dikawal: Sekolah perlu memastikan pintu masuk dijaga dan dikawal. Pengunjung perlu mendaftar sebelum memasuki kawasan sekolah.

2. Latihan Kebakaran dan Kecemasan: Pelajar dan guru perlu mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan secara berkala agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi sebenar.

3. Pemeriksaan Keselamatan: Menyediakan pengawal keselamatan atau penggunaan kamera CCTV untuk mengawasi kawasan sekolah bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.

4. Pengurusan Lalulintas: Menyediakan peraturan bagi pengurusan lalulintas di sekitar sekolah untuk memastikan pelajar selamat sewaktu tiba dan pulang.

5. Kesedaran Kesihatan dan Kebersihan: Mengamalkan kebersihan di kantin, tandas, dan kawasan umum bagi mengelakkan penyakit. Pelajar juga perlu dididik mengenai amalan kebersihan.

6. Program Anti-Buli: Menyediakan program untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli serta cara-cara mengatasi dan melaporkan kejadian buli.

7. Pengawasan Semasa Aktiviti Luar Kelas: Semasa aktiviti kokurikulum atau lawatan, guru perlu memastikan pelajar sentiasa dipantau dan selamat.

8. Keselamatan Alat dan Bahan Kimia di Makmal: Menyediakan latihan penggunaan alatan makmal serta bahan kimia dengan betul bagi mengelakkan kemalangan.

9. Pendidikan Keselamatan: Sekolah boleh memasukkan modul keselamatan dalam kurikulum untuk mendidik pelajar tentang keselamatan diri dan tindakan yang wajar jika berdepan kecemasan.





Dengan langkah-langkah ini, keselamatan di sekolah dapat dipertingkatkan dan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang lebih selamat dan terjamin.

Kandungan

LAGU 'BUKIT TAJAU HEBAT'